Sebelum Ini Membuat Juri Menangis Tapi Ini Pula Yang Berlaku Di Live Konsertnya!

VOKALIS kumpulan Sabyan Gambus, Khoirunnisa atau lebih dikenali Nissa Sabyan, 19, kini menjadi fenomena di Indonesia selepas terkenal dengan lagu-lagu berunsurkan kerohanian dan selawat.
VOKALIS kumpulan Sabyan Gambus, Khoirunnisa atau lebih dikenali Nissa Sabyan, 19, kini menjadi fenomena di Indonesia selepas terkenal dengan lagu-lagu berunsurkan kerohanian dan selawat.

Nissa berkata, dia bersyukur dengan pencapaian luar biasa yang diraih namun terbit rasa takut dalam dirinya.

“Apa yang menjadi kebimbangan buat saya jika gagal mengawal populariti.

“Bagi yang mengenali saya dan kumpulan Sabyan, jangan segan untuk menegur seandainya anda melihat gejala ‘star syndrome’ dalam kumpulan ini,” katanya.

Nissa yang juga lulusan Sekolah Tinggi Vokasional 56 Jakarta, Indonesia dalan jurusan otomotif dan elektronik memberitahu kerjaya nyanyian diceburi bukan sekadar cita-cita.

“Kerjaya nyanyian bukan cita-cita lagi tapi keinginan diri sendiri,” katanya.

Ketika ini, kumpulan yang turut dianggotai Ahmad Fairuz alis Ayus (keyboard), Sofwan Yusuf atau Wawan (Percussion), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh alias Tebe (biola), dan Anisa Rahman (backing vokal)meraih jumlah ‘subscriber’ yang mencecah lebih 3.7 juta di YouTube.

Tidak hanya itu, lagu Deen Assalam yang dibawakan kumpulan itu menjadi salah satu paling banyak ditonton sekali gus menjadi kegilaan ramai di YouTube iaitu 129 juta tontonan.

Selain Deen Assalam, lagu turut dipopularkan kumpulan ditubuhkan pada tahun 2015 itu adalah Ya Habibal Qolbi, Rohman Ya Rohman, Qomarun, Roqqots ‘Aina dan Ahmad Ya Habibi.

Lebih menarik, Nissa turut menjadi ikon fesyen apabila gaya penampilannya berhijab menjadi ikutan dan dilamar menjadi beberapa duta produk.

Video Seorang Kanak-kanak Menangis Ingin Memeluk Nissa Sabyan di live konsert persembahannya

BIKIN HARU..!! MOMEN NISSA SABYAN PELUK ANAK KECIL YANG MENANGIS INGIN BERTEMU SABYAN

BIKIN HARU..!! MOMEN NISSA SABYAN PELUK ANAK KECIL YANG MENANGIS INGIN BERTEMU SABYAN

Posted by Sinahu Moco on Wednesday, 25 July 2018

 

Sumber :https://www.hmetro.com.my/nissa-sabyan-kegilaan-ramai