“Tak mintak banyak cukupla ko hafaz 30 juzuk Al-Quran…” – Anak pelakon popular dilamar peminat, Ini Jawapan Padu Ayahnya!

Baru-baru ini, pelakon popular Aeril Zafrel membuat kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Wawa Zainal dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz C200 berwarna hitam.

Tidak dinafikan, pelakon drama bersiri Cinta Fatamorgana itu sering berkongsi aktiviti harian di laman Instagram mengenai isteri dan anak-anaknya, Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.

Terbaru, pelakon berusia 29 tahun itu telah memuat naik sebuah video berkongsi gelagat anak perempuan yang sedang berbual dengan isterinya.

“Hayla cantik, mama jelek… Budak2 kalau cakap memang jujur kan?,” katanya menerusi ruangan kapsyen tersebut.

Menerusi ruangan komen, ramai peminatnya yang memuji kecantikan dan kecomelan anak-beranak itu namun terdapat seorang individu yang berani menyatakan hasrat untuk ‘melamar’ Hayla suatu hari nanti.

Saya ‘park’ dulu bang!


Walau bagaimanapun, Aeril tidak berdiam diri sebaliknya membalas kenyataan individu tersebut dengan meletakkan beberapa syarat untuknya.

Hafaz 30 juzuk al-Quran dan…


Jawapan itu membuatkan ramai pengikutnya terhibur yang rata-rata setuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh seorang bapa untuk ‘bakal suami’ kepada anaknya.

Jawapan matang & sentap!


Kena pandai zapin tu win!


Ada hati nak ‘try’ anak orang?


Kena panggil abang ke ayah ni?


Sumber : Aeril Zafrel

sumber : https://www.ohmymedia.cc