Ini Nasib 2 Budak Yang Tengah Mandi Pantai Terserempak 2 Ekor Jerung, Memang Tak Sangka Langsung

Ikan Jerung?? 2 Orang Yang Tengah Mandi Terserempak 2 Ekor Jerung Namun Apa Yang Berlaku Akhirnya Tak Sangka Langsung

1)

2)

3)

Terserempak dengan ikan jerung

2 budak tengah mandi kat pantai ni terserempak dengan 2 ekor ikan jerung. Masih panjang lagi nyawa kau dik!

Posted by Friends of BN – Barisan Nasional on Tuesday, 30 January 2018

2 orang budak itu terselamat dari menjadi mangsa jerung. Panjang umur budak itu. Namun ada sesetengah pihak mengatakan itu bukan jerung tapi Killer Whale sahaja…

Wallahualam.

Mari Kita Lihat fakta tentang Jerung yang sebenarnya di bawah :

Seperti mana singa menjadi raja di hutan, jerung juga mendapat takhta yang sama di lautan. Sifat mereka yang sama iaitu gagah, menakutkan dan punyai pelbagai keunikan menjadikan ia haiwan yang paling ditakuti dalam kategorinya.

1)Deria bau sang jerung amat hebat, ia boleh mengesan setitis darah sejauh 4 kilometer darinya.

2)Mustahil untuk melepaskan diri apabila digigit jerung kerana kekuatan rahang haiwan pemangsa itu adalah pada kadar enam tan perinci persegi.

3)Jangka hayat ikan jerung adalah 100 tahun.

4)Jerung paus boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan 40,000 kilogram. Pada ketika itu ia dianggarkan mempunyai 300 barisan gigi dengan setiap baris mempunyai beberapa ratus batang gigi-gigi kecil sepanjang 5 mm. Ia akan diganti dengan baru sekiranya setiap kali gigi halus itu patah.

5)Ikan jerung tidak mempunyai tulang, rangkanya dibentuk oleh rawan (bahan yang sangat kukuh, bentuk dan kekuatannya adalah seperti mana bahan yang membentuk telinga kita.

6)Jerung pemangsa yang terbesar adalah jerung great white (6.4 meter panjang) manakala jerung lanternfish dwarf dan ribbontail catshark (15-17cm) adalah yang terkecil.

7)Jerung anjing mendapat namanya kerana ikan tersebut akan menyerang mangsanya secara berkumpulan seperti mana yang dilakukan anjing.

8)Telur terbesar didunia adalah telur dari ikan jerung paus iaitu sepanjang 36cm (dijumpai di teluk mexico pada 1953).

9)Ikan jerung masih mampu hidup walaupun tidak makan selama 6 minggu. Rekod paling lama dicatatkan oleh seekor ikan jerung bengkak (swell shark) yang tidak makan selama 15 bulan semasa ditempatkan dalam sebuah akuarium.
10)Jerung bengkak boleh ‘menyalak’ seperti anjing.

11)Kulit ikan jerung diselaputi oleh dentikel, iaitu duri-duri halus setajam pisau cukur. Bagaimanapun dentikel boleh dibuang dan kulit jerung itu digunakan untuk membuat pelbagai barangan kulit.

12)Kasut yang dibuat daripada kulit jerung lebih tahan 5 kali lebih lama berbanding yang menggunakan kulit lembu.

13)Jerung tidak akan makan ikan buntal kerana ikan buntal akan mengembungkan badannya seperti belon dan mencucuk mulut jerung itu dengan duri-durinya yang tajam.

14)Kebanyakan jerung melahirkan anak mereka. Hanya beberapa spesis sahaja yang bertelur.

15)Lazimnya jerung mempunyai 6 hingga 12 ekor anak pada satu-satu masa, tapi jerung harimau dan tukul boleh mempunyai 40 ekor anak.

16)Kebanyakan jerung boleh berenang sepantas 32-64 kilometer sejam. Ia ternyata tidak setanding dengan ikan jerung mako yang boleh berenang sepantas 95km/j.

17)Ikan jerung yang wujud sejak 400 juta tahun lalu (lebih lama daripada dinosaur), mempunyai kebolehan semulajadi mengelakkan diri daripada diserang kanser dan pelbagai penyakit lain. Ini memberi harapan kepada penyelidik perubatan bahawa haiwan laut paling ditakuti itu akan menjadi kawan kepada manusia. Para saintis kini mengkaji sistem imuniti jerung bagi mencari penawar menghentikan penyebaran kanser keatas manusia.

18)Daging jerung boleh dibuat baja, siripnya dijadikan sup, minyak daripada hati kaya dengan vitamin A, korneanya digunakan bagi transplan mata manusia manakala rawannya berguna dalam perubatan anti keradangan bagi penyakit atritis serta menyembuhkan luka.

19)Setiap tahun dianggarkan 100 orang mati akibat digigit lebah manakala dilaut hanya 6 orang sahaja dibaham jerung. 460 spesis jerung yang terdapat di seluruh dunia hanya 25 spesis sahaja yang menyerang manusia.

20)Setiap tahun 12 juta ekor jerung dibunuh manusia.

21)Manusia juga membunuh jerung untuk dijadikan barang cenderamata dan rekreasi/sukan.

22)Pukat menjadi ancaman utama kepada jerung. Pada 1993 dianggarkan 8.3 juta ekor jerung mati akibat terperangkap dalam pukat yang digunakan oleh nelayan diseluruh dunia.

23)Tanpa jerung, ketidakseimbangan tidak akan berlaku sama seperti pemangsa yang lain, berfungsi secara semulajadi untuk mengawal populasi hidupan laut.

sumber video : fb

Sumber : http://showuwhatigot.blogspot.com