Subhanallah! Tersentuh Hati Melihat Haiwan-haiwan Ini Juga Menderita dan Akhirnya…

Setiap haiwan memiliki keunikan dan ciri khas yang dikurniakan Allah SWT untuk hidup di dunia ini. Antara kelebihan yang diberikan kepada haiwan adalah seperti mempunyai bulu lebat dan berkulit tebal untuk bertahan dalam cuaca sejuk yang melampau seperti di negara beriklim sejuk ataupun kutub utara dan selatan.

Namun, ada antara mereka mempunyai usia tidak begitu panjang dan ditemui mati sejuk beku dalam keadaan menyayat hati. Antaranya ialah :

#1 Musang

Seorang pemburu, Franz Stehle, dari Jerman telah mengeluarkan satu blok ais yang mengandungi seekor musang di dalamnya. Menurut Franz, musang itu telah jatuh ke dalam Sungai Danube yang sejuk sehingga mati lemas.

Sejak dikeluarkan pada Januari 2017, musang sejuk beku itu dipamerkan kepada orang ramai di luar hotel milik keluarga Franz di Fridingen. Menurut pemburu terbabit, kejadian seumpama itu agak biasa terjadi kerana dia pernah nampak haiwan lain seperti seekor rusa dan babi hutan yang beku.

#2 Rusa elk

Pada tahun 2014, elk ini dijumpai di tengah tasik berdekatan Bodo di utara Norway oleh Inger Sjøberg yang sedang meluncur ais. Elk ini dipercayai terjatuh ke dalam tasik sebelum ais mengeras sepenuhnya.

#3 Koyote

Gambar koyote beku di Kanada ini ditangkap oleh seorang jurugambar bernama Sabine Cane. Beginilah keadaan haiwan ini semasa dijumpai – di tepi jalan dalam keadaan duduk dan membeku. Menurut Sabine, kawasan itu mengalami suhu di bawah 30C selama dua minggu berturut-turut semasa musim sejuk pada tahun 2008.

Disini Kami kongsikan juga haiwan yang menderita di musim dingin dan memerlukan pertolongan ..Subhanallah!

Hewan juga menderita di musim dingin 😲

Bukan hanya Manusia… Hewan juga menderita di musim dingin 😲

Posted by BeritaViral.Com on Monday, 5 February 2018

 

Sumber Video : fb BeritaViral.Com via https://iluminasi.com