MasyaAllah! Bukan sahaja cantik dan pandai, malah mengaji pun pandai. Suara pun sedap!

Tahniah kami ucapkan kepada Puteri Julia Nabilah, anak kepada pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan kekasih hatinya, Dziya Faqhran Datuk Mahmod Fauzi pada Ahad yang lepas.

Menerusi laporan Kisah Dunia, kami difahamkan bahawa suami kepada anak sulung Ziela Jalil ini juga merupakan seorang doktor. Wah, memang sepadan sangat, bukan?

Ziela Jalil juga dilihat memuat naik beberapa gambar serta video di sepanjang majlis pernikahan termasuklah majlis khatam Al-Quran yang berlangsung pada 29 Jun yang lepas.

Kelunakan suara Julia semasa mengalunkan bacaan Al-Quran pada majlis khatam tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai yang rata-rata kagum mendengarnya.

Bukan sahaja cantik dan pandai, malah mengaji pun pandai. Suara pun sedap!

Cara didikan yang betul dan patut menjadi contoh..

View this post on Instagram

Anak Ku, sejak usia muda Mu kau diuji, kehilangan bapa ketika kau masih bersekolah dan masih dahaga kan kasih dan sayang nya, Allah menyanyangimu nak, kerana itu kau menjadi pilihannya utk melalui dugaan ini… Kau terus diuji bila terpaksa berjauhan dgn keluargamu demi menuntut ilmu, kau sering dan terpaksa mendengar rintihan dari Ibumu atas segala masaalah walaupun ketika itu kau anakku sedang menuntut jurusan/bidang yg bukan mudah dan sgt mencabar, tapi kau tetap menjadi pendengar setia ibumu and shoulder for me to cry on… banyak dugaan yg kau tempuh, kesedihan yg terpaksa kau lalui anakku dan mama tak pernah putus mendoakanmu,..kerana kau anak yg baik, anak yg sentiasa membahagiakan mama, kau anak yg kuat hatinya, akhirnya kau menemui cinta sebenar yg membahagiakanmu namun kau terus diuji, sehingga pada hari bahagiamu masih ada yg cuba utk membuat kau sedih anakku😢 dari manusia yg tidak bertanggung jawab, Syaitan yg bertopeng kan manusia, hatinya yg cukup kotor sehingga tergamak dia menfitnah, Allahu Akbar!… Yakin lah pada Allah anakku, sesungguhnya Allah ingin mengangkat darjat yg lebih tinggi utk Mu dan juga suamimu, Aamiin… Buat Kedua dua anakku, Puteri Julia Nabilah dan Dziya Faqhran, Selamat Pengantin Baru, Mama doakan Semoga Berbahagia Kalian Sehingga Jannah dan jadi lah Suami dan Isteri yg Soleh dan Solehah juga Ibu/bapa Mithali buat zuriat keturunan kalian, Aamiin Yaa Rabb…♥️ #dziyaputeringonit💕 #dziyaputeringonit …

A post shared by zielajalil (@zielajalil) on

Memang merdu kan suara Julia ni. Tahniah sekali lagi kami ucapkan dan semoga perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga akhir hayat.

Sumber : https://bm.cari.com.my