Subhanallah! Inilah Bilal Dan Azan Terakhirnya, Beliau Terus Melaungkan Azan Sehingga Selesai

Palu: Bilal yang enggan melarikan diri ketika gempa 7.5 magnitud melanda Palu dan Donggala sebaliknya terus melaungkan azan sehingga selesai, menyebabkannya turut terkorban dalam bencana melanda Sulawesi, Jumaat lalu.

Liputan6 melaporkan, Agil Ababil juga pelajar di Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Perguruan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Palu, sedang melaungkan azan Maghrib di masjid IAIN ketika bencana melanda.

Kejadian itu diceritakan rakannya Ronal Elrasyid dalam keterangan gambar dimuat naik ke Facebook pada Ahad lalu.

“Agil Ababil sudah dipanggil Allah. Dia meninggal saat ingin menyelesaikan azan meskipun semua jemaah sudah berlari keluar.

“Saat azan selesai, Allah memanggilnya sebagai salah satu hadiah kerana berjuang memanggil Umat. Selamat jalan, teman seperjuangan kami. Semoga Amal ibadah diterima di sisi Allah… Amin,” katanya dipetik Tribun News.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Oktober 2018 @ 5:38 PM

sumber : https://www.hmetro.com.my