Siapa Sangka Bakat Idayu Tiru Suara Penyanyi Popular Mencuri Perhatian Ramai, Sama Betul!

KUALA LUMPUR 7 Mac – Juara Akademi Fantasia Megastar, Idayu Yaakob, 33, tidak menyangka video nyanyiannya yang meniru suara penyanyi tempatan dan antarabangsa mendapat perhatian netizen dan tular di media sosial.

Berkata kepada Utusan Online, video tersebut dirakam di studio secara suka-suka kerana ingin mencuba keupayaannya meniru vokal penyanyi lain.

“Sejak 2003, saya mampu meniru vokal atau ‘mimicstars’ penyanyi tempatan dan luar negara. Rakan-rakan artis yang rapat dengan saya seperti Akma AF, Farah AF, Dina Nadzir, Elda Susanti dan beberapa orang lagi yang pernah buat persembahan dengan saya semua tahu keupayaan saya itu.

“Cuma dulu saya tak berkesempatan untuk buat rakaman secara sempurna seperti sekarang.

“Video yang anda semua lihat itu dirakamkan pada Februari lalu. Teman baik saya, Amylea turut ada sewaktu sesi rakaman suara dijalankan,” katanya.

Menerusi video tersebut, Idayu atau Nur Farah Idayu Yaakob meniru suara penyanyi antaranya penyanyi wanita, Jaclyn Victor, Wann, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura, Ziana Zain, Dessy Fitri, Shakira, Celine Dion, dan Mariah Carey.

Malah Idayu turut memilih menyanyikan lagu penyanyi Michael Jackson dan Rahmat Ekamatra yang mendapat pujian netizen.

“Bakat meniru suara diakui sangat susah sebab kita harus mendapatkan nada dan sebutan yang tepat. Stail dan karakter nyanyian artis serta teknik yang digunakan artis tersebut. Maknanya kita harus faham elemen vokal itu.

“Sebelum mulakan rakaman di studio, saya akan ulangkaji yang sepatutnya dan juga rujukan berkenaan suara pemilihan artis.

“Memang sukar nak tiru sebab nada suara penyanyi semua berbeza-beza. Sebab itulah latihan amat penting bagi saya.

“Alhamdulillah, saya memang bersyukur dikelilingi mereka yang menyokong bagi memastikan projek saya berjalan lancar,” ujarnya yang mempunyai 30 buah koleksi lagu yang telah dinyanyikan semula. – UTUSAN ONLINE

Idayu Tiru Suara Artis

Perghhhhh sekali dia tiru sama lah 😱

Posted by MEDIA HIBURAN on Saturday, 3 March 2018

 

Sumber video : fb media hiburan

Sumber : http://m.utusan.com.my