Juruterbang DEDAH Rakaman Detik-detik Awal dan Ceritanya yang takeoff di Palu

Seorang juruterbang pesawat penerbangan Batik Air sempat me­rakamkan detik-detik awal bencana tsunami dan gempa bumi yang berlaku di Palu dari udara.

Menurut rakaman video yang dimuat naik juruterbang berkenaan, Ricosetta Mafella di Instagram miliknya menunjukkan pergerakan pantas air laut yang kemudiannya bertukar menjadi tsunami.

Tribunnews melaporkan ketika kejadian, Mafella sedang menerbangkan pe­sawat Batik Air yang ter­akhir dari Lapangan Terbang Al-Jufri pada hari ber­kenaan.

Beberapa saat selepas pesawat itu berlepas, gempa bumi melanda Palu.

“Pesawat Batik Air ID 6231 dilaporkan berlepas pada pukul 5.55 petang, pintu pesawat ditutup pada pukul 5.52 petang. Pada pukul 6.02 petang selepas kami dibenarkan berlepas, ba­ngunan menara kawalan trafik udara runtuh. Kami ketika itu masih berada di landasan.

“Nasib baik saya berlepas awal pada ketika itu. Jika saya lewat 30 saat, pesawat itu tidak mungkin akan berlepas,” kata Mafella yang menggunakan nama @icoze_ricochet di Instagram.

Meskipun pesawat itu berjaya berlepas dengan selamat tetapi seorang pegawai kawalan trafik udara yang membenarkan pesawat berlepas, iaitu Anthonius Gunawan Agung terkorban.

Anthonius Gunawan dilaporkan berkeras mahu kekal ber­ada di menara kawalan trafik bagi memberi panduan kepada Mafella ke landasan yang betul dan berlepas dengan selamat biarpun gegaran sedang berlaku.

Mafella menyifatkan Anthonius Gunawan sebagai wira ke­rana sanggup berkorban untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

Kesaksian Pilot Maffela Batik air

Posted by Vivian Mariska Lolowang on Sunday, 30 September 2018

Sumber :

http://m.utusan.com.my/berita/luar-negara/juruterbang-rakam-detik-awal-bencana-di-palu-1.758776