“Ingatkan kanda remy ishak..” – respon netizen bila hero drama nur, syafiq kyle jadi pilihan

Muzik video single terkini Siti Sarah, Semakin yang dilancarkan semalam telah pun menjadi antara muzik video paling trending di YouTube.

Malah ‘pencarian’ produksi Semakin terhadap siapakah lelaki yang paling layak untuk muncul di dalam muzik video berkenaan akhirnya selesai apabila nama hero drama Nur, Syafiq Kyle diumumkan.

Bagaimanapun, muzik video yang kini telah pun ditonton hampir 400,000 kali itu mendapat reaksi pelbagai di kalangan pencinta muzik.

Ada yang suka dan teruja untuk menonton lakonan pertama Sarah dan Syafiq menerusi muzik video berkenaan dan tidak kurang yang tak suka dengan gandingan tersebut yang dirasakan tidak serasi, ibarat ibu dan anak tiri!

Menurut MH Sarah tidak melatah. Sebaliknya penyanyi yang juga merupakan isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib ini mengakui setiap sesuatu kelainan yang dilakukan pasti akan mengambil masa.

“Syukur kerana pelancaran Semakin dipermudahkan dan semestinya saya gembira apabila impian untuk melihat muzik video ini mendapat sambutan menjadi kenyataan. Saya percaya untuk persembahkan sesuatu yang memberi impak, ia akan ambil masa untuk peminat terima.

“Biasalah dalam ramai yang suka ada juga yang tidak suka. Saya okay memandangkan masing-masing berhak untuk membuat penilaian sendiri. Apa pun saya gembira kerana Semakin sudah menjadi antara lima muzik video teratas yang kini trending, alhamdulillah syukur,” kongsinya.

Pada masa sama, Sarah turut berterima kasih kepada Syafiq memandangkan dia seorang pelakon yang komited meski penggambaran dilakukan pada waktu terhad.

“Meski jadual kami padat, namun dia tetap sudi luangkan masa seterusnya memberikan yang terbaik. Malah dia banyak juga bantu saya untuk ambil mood dalam lakonan. Ini liga dia jadi saya terima dan terima atas tunjuk ajar,” jelas Sarah.

Sumber : https://www.mediahiburan.my