Siapa Sangka 5 Artis Ini Pernah Bersuamikan ‘Mat Salleh’, No.1 Memang Ramai Tak Perasan

 

Kisah cinta artis Malaysia sering kali mendapat perhatian banyak pihak. Bukan saja diperhatikan oleh rakyat Malaysia, tetapi mereka juga menjadi tumpuan bagi jejaka-jejaka di luar negara.

Artis juga seperti manusia biasa yang tidak akan terlepas untuk mengalami patah hati ditinggalkan orang yang tersayang.

Bagi lima artis ini yang memilih jejaka Inggeris sebagai teman hidup terpaksa akur rumah tangga mereka berakhir separuh jalan dan terpaksa memegang gelaran janda.

1. Maya Karin

Maya Karin dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose telah mendirikan rumah tangga pda 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago,Itali.

Majlis resepsi mereka di Malaysia diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 26 Ogos tahun yang sama.
Perkahwinan pasangan ini sangat romantik dalam suasana perkahwinan dalam tanam.

Namun, pasangan ini disahkan bercerai talak satu pada 16 Julai 2010 sekaligus menamatkan spekulasi bahawa mereka tidak bahagia selama dua tahun hidup bersama.
2. Serina Redzuawan

Dua tahun tinggal berasingan, pelakon Serina  34 tahun, akhirnya sah bercerai talak satu dengan warga Britian, Gavin Edward O’luanaigh pada 1 Ogos 2017.

Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar dan Serina bernikah pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef serta Isabella Saffiya.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintahkan hak penjagaan kekal kedua-dua kanak-kanak itu diberikan kepada Gavin secara persetujuan bersama dengan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama.
3. Sarimah Ibrahim

Sarimah Ibrahim sah bercerai talak tiga dengan suaminya warga Australia iaitu Amir Andrew John Browning.

Menurut Sarimah, bekas suaminya itu membuat lafaz cerai dengan menyebut ‘I Divorce You’ sebanyak tiga kali di kondominiumnya di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2009 sekitar jam 9 malam.
4. Jeslina Hashim

Jeslina Hashim kini sudah hampir lima tahun hidup solo. Dia disahkan bercerai talak satu dengan Dion Andrew Vercoe, 40, pada Mac 2013.

Jeslina dan Dion telah berkahwin pada 21 April 2005 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Micah, 8 dan Keira, 6.

Bagaimanapun, Jaslina enggan mengulas mengenai punca pencaraiannya bersama Dion.
5. Leina Hangat

Penderitaan Liena Hangat akibat digantung tidak bertali lebih empat tahun berakhir apabila dia dibenarkan buat tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suaminya, Muhammad Jamal Deluloy Abdullah.

Liena mendakwa suaminya bukan sahaja berubah menjadi pemabuk dan menyimpan perempuan lain sejak berpindah ke Singapura pada Mac 2003, tetapi juga turut memukulnya.

Katanya, keadaan tersebut berbeza semasa mereka tinggal di Pelangi Beach Resort, Langkawi selepas bernikah pada 21 Ogos 2002.
Liena sah bercerai pada 6 Ogos 2008.

 

sumber: hangat.com