[5 Gambar] Kantoi! Neelofa Bersama Hans Isaac Sambut Hari Lahir Bersama?

Semua mengetahui mengenai pelakon dan pengacara Neelofa baru-baru ini menyambut hari jadi Neelofa yang ke 30 dan satu majlis hari jadi telah diadakan oleh adik beradiknya serta rakan karib di Cicchetti Di Zenzero di Kuala Lumpur. Difahamkan restoran itu dimiliki oleh pelakon Kavita Sidhu dan suaminya Roberto Guiati.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai, salah seorang tetamu jemputan iaitu bekas ratu cantik Malaysia, Datin Elaine Daly. Dengan tema warna putih, Elaine telah memuat naik video dan gambar di Insta Storiesnya dan satu gambar menunjukkan, Datuk Hans Isaac turut menjadi tetamu istimewa pada majlis hari jadi Neelofa tersebut.

Rasanya ramai yang dah tahu, Hans dan Neelofa pernah menjalin cinta satu ketika dahulu. Kisah hubungan cinta atau persahabatan mereka yang sebelum ini memberi banyak teka-teki kepada pihak lain akhirnya bertemu titik noktah selepas 2 tahun bersama. Tidak dinafikan kini mereka berdua berkawan rapat.

Tetapi, gambar tersebut hanya dimuat naik oleh Elaine sahaja. Neelofa & Hans?? Macam sembunyikan sesuatu jer!

Gambar Sekitar Majlis

Akhir tahun lalu juga ada desas desus mengatakan Hans pergi bercuti bersama selebriti Neelofa di Maldives.

Namun dinafikan oleh Neelofa.

“Tak adalah. Saya di KLIA nak pergi tempat lain. Mereka yang ke sana (Maldives) dan bukannya saya,” katanya ringkas.

Hans, 47, atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac berkata sedemikian bagi menjawab dakwaan pengguna laman sosial yang menemuinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana, Maldives.

Individu itu memuat naik gambar bersama Hans beserta keterangan seolah-olah menggambarkan Hans dan Neelofa berada di lokasi sama.

“Alhamdulillah selamat sampai Maldives. Kenal tak siapa di sebelah tu. Lofa lari awal lagi dan tak sempat nak terjah. Yang ni pun sebab berbaris di belakangnya di imigresen, jadi sempat ‘membawang’,” tulis individu itu di Facebook.

Biarpun menafikan perkara itu, Hans dalam masa sama mengakui sudah mempunyai kekasih hati.

“Saya tidak bujang. Saya ada kekasih. Mungkin saya nak kahwin, mana tahu.

“Cuma saya tak boleh beritahu siapa dia, sama ada orang industri atau tidak. Dari dulu lagi, kisah peribadi saya tak akan buka macam tu saja.

“Saya tidak sorok, cuma apa saya boleh kongsi memang sudah ada kekasih. Bila saya nak kahwin baru saya boleh beritahu,” katanya.

Sebelum ini, Hans yang juga juri program Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 mengejutkan ramai pihak apabila membatalkan perancangan untuk berkahwin dengan model pada Oktober tahun lalu.

Jika benar pasangan ini benar-benar bercinta, apa salahnya. Dua-dua masih single, sama cantik sama padan pula tu. Apa-apa pun, selamat menyambut ulang tahun kepada Neelofa. Semoga dia terus sukses dalam segala bidang yang diceburi!

Sumber : hangat.com