“Saya manusia biasa yang dicipta dengan..” Tak sangka rupanya 8 selebriti ini ‘on-off’ bertudung

 

Kecoh 4 hari lepas, apabila pelakon kelahiran Terengganu, Emma Maembong secara terbuka membuat pengakuan untuk menanggalkan tudung selepas 5 tahun tampil menutup aurat.

Pengakuan ikhlas oleh bekas kekasih pelawak, Zizan Razak itu dibuat secara eksklusif dan menegaskan tindakan dilakukannya itu bukanlah contoh yang baik.

Bagaimanapun tindakan itu bukanlah sesuatu yang baru melibatkan selebriti tanah air kita kerana sebelum beberapa artis wanita turut berkelakuan sama selepas sekian lama menutup aurat.

FMT Ohsem menyenaraikan 8 selebriti yang secara “On-Off” bertudung;

1. Emma Maembong

“Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.
“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia (tindakan membuka tudung) bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.
– Berita Harian (7 Februari 2019)

2. Fathia Ismail

Sebelum ini tersebar pelakon Fathia Ismail yang tampil tidak bertudung dan berpenampilan rambut pendek dalam acara tertutup. Gambar dan video mengundang pelbagai reaksi warganet. Ada yang mengecam dan ada juga yang simpati dengan keadaan semasa Fathia.
Tidak seperti Emma Maembong, Fathia hanya berdiam diri dan tidak tampil memberi penjelasan di media sosial.

3. Diana Johor


Pelakon Diana Johor sebelum ini pernah dikecam di laman sosial kerana kembali membuka hijab namun bagi Diana yang sebelum ini kelihatan seperti sudah lama menghilang daripada industri seni tanah air, dia mempunyai pendirian tersendiri mengenai perkara tersebut.
“Apabila difikirkan semula, saya belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya dan kerana itu mengambil keputusan untuk membuka tudung. Memang ia mengejutkan ahli keluarga, tetapi saya nekad dengan keputusan ini”
“Sampai masanya saya jadi diri sendiri dan tampil dengan gaya yang selesa. Saya tidak mahu buat sesuatu semata-mata memuaskan hati orang lain. Soal pakai tudung atau tidak, biarlah antara saya dan Tuhan,” jelasnya kepada Harian Metro.
-17 Jun 2015

4. Nina Iskandar


Pelakon kelahiran Brunei juga membuat keputusan untuk membuka tudung selepas dipercayai putus tunang.
“Ramai artis yang ketika fotografi hanya pakai turban meskipun mereka berhijab. Isu ini memang sensitif dan orang yang suka mengkritik selalunya memang hanya mencari kesalahan kita.
“Saya manusia biasa yang dicipta dengan kelebihan dan kekurangan. Ini hidup saya dan saya hidup bukan untuk orang lain, jadi biarlah apa mereka nak dikatakan,”katanya kepada mStar Online.
– 16 Mac 2015.

5. Uqasha Senrose


Pelakon jelita ini pernah dipuji kerana membuat keputusan untuk menutup aurat, tapi selepas 3 tahun bertahan, dia akhirnya membuka tudungnya.
Katanya dia mahu menjadi diri sendiri dan tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi.
“Selama 3 tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang.
“Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi,”katanya kepada Berita Harian.
-28 Ogos 2016.

6. Intan Liana Saleh


Intan Liana yang juga bekas janda pemuzik UdeWahid mengejutkan banyak pihak apabila gambarnya tidak bertudung tersebar di media sosial.
Intan yang dikenali dengan imej berhijab didakwa membuka tudung ketika menyertai pertandingan tarian, bersama penari lain.
Ibu kepada 2 cahaya mata itu bagaimanapun tidak menjawab sebaliknya memuat naik beberapa gambar.

7. Sara Ali


Teka-teki mengenai imej terbaru akhirnya terjawab apabila tampil menjelaskan keputusan untuk kembali dengan penampilan asalnya. Sara mula mengenakan tudung januari 2016.
“Saya ingat boleh bertudung, tapi tidak, kerana saya buat benda ini bukan kerana diri sendiri tapi kerana sesuatu. Sesuatu ini kalua boleh saya tidak mahu bincangkan, perkara dah berlaku,”ujarnya kepada mStar Online.
– 11 April 2017.

8. Zila Seeron


Bekas pelajar Akademi Fantasia (musim 4) Zila Seeron membuat kejutan, dengan penampilan tidak memakai tudung selepas bercerai talak 1 dengan suaminya seorang pelawak dan pelakon, Along Cham 29 Ogos tahun lalu, telah menampakkan rambutnya yang serba perang itu.
-5 Februari 2017.

Apa yang dilakukan barisan pelakon dan penyanyi itu sudah jelas salah, namun kita tak berhak untuk menjatuhkan apa-apa hukum. Biarlah, itu antara dia dan Yang Maha Esa. Yang kita boleh buat ialah doakan yang baik untuk dia.

Kalau nak nasihat, lebih baik hantar mesej secara peribadi terus kepadanya. Doakan sahaja agar satu hari nanti pintu hati mereka semua terbuka dengan ikhlas untuk kembali berhijab.

sumber : freemalaysiakini.com