Akhirnya Gadis Ini Gayakan Dress Kahwin Inspirasi Disney Princess Di Majlis Resepsi Selepas 3 Bulan

Setiap bakal pengantin pastinya mahukan majlis perkahwinan yang dirai dikenang seumur hidup. Dan selalunya setiap pasangan itu memang agak cerewet untuk memastikan segala persiapan berjalan lancar. Kalau boleh mahu mencipta sesuatu yang berlainan untuk membolehkan majlis diingati selama-lamanya.

Bagi gadis ini Ainaa Juliadi, 21 tahun juga turut mempunyai impian sendiri untuk majlis perkahwinannya.

Sejak kecil dia mengimpikan memakai busana ibarat Disney Princess dan ia terlaksana apabila dia telah memperagakan baju hasil ciptaan sendiri di majlis resepsi perkahwinannya awal Februari lalu.

Memang sangat cantik dress kahwin hasil sentuhan mempelai sendiri. Apatah lagi, dirinya turut kelihatan seperti seorang puteri yang sangat cantik dan menawan sekali. Bukan sahaja mereka rekaan, tetapi menggunting, jahit dan juga deko pada busana berkenaan.

Menjadikan busana Princess Aurora dari watak kartun Sleeping Beauty sebagai inspirasi adalah kerana Ainaa sendiri memang sangat menggemari warna merah jambu.

Namun bukan mudah untuknya menyiapkan busana berkenaan. Dia mengambil masa hampir 3 bulan untuk menyiapkannya sebelum dapat menggayakan di majlis resespinya.

Ainaa yang juga merupakan seorang wedding planner bersama ibunya iaitu Dnalia Enterprise mula belejar menjahit ketika berusia 18 tahun disebabkan kena paksa dengan ibunya. Bagaimanapun sejak usianya 16 tahun sudah mula pandai menjadit manik.

Selain menjahit baju untuk busana Princess Aurora, Ainaa juga telah menjahit sendiri busana persis Queen Elsa dari watak Frozen yang digayakannya pula untuk outdoor photoshoot.

Ternyata ramai yang menyukai baju rekaan Ainaa dan memuji hasil kreativiti yang dipersembahkan pada busana berkenaan.

Bukan itu sahaja ada juga yang berminat untuk belajar jahit darinya dengaan menyuruhnya membuat tutorial di laman youtube. Tetapi buat masa ini dia belum cukup ilmu dan masih berkursus bagaimana untuk mengajar orang menjahit.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DNALIA WEDDING

TWITTER @Manokine98 & FACEBOOK ANI SURAINI

Kredit : hijabista.com.my