4 selebriti lelaki tempatan di timpa sakit misteri, no.3 baru setahun jagung namun ini yg jadi

Walaupun kita kini kira berada di zaman serba moden, masih lagi ada hal-hal yang tidak sedap didengar dan melanggar perintah dariNya. Walaupun baru masuk ke tahun baru, namun pelbagai khabar duka telah diterima oleh selebriti tanah air pada tahun lalu. Selain kehilangan orang tersayang, terdapat beberapa selebriti yang sedang melawan penyakit misteri yang tidak diketahui punca nya.

Ada yang mendakwa terkena ‘perbuatan’ orang dan ada juga yang khabarnya kian pulih.

Ini 4 selebriti tempatan tersebut dan sama-sama kita titipkan doa supaya mereka pulih seperti sedia kala dan sedekahkan Al-Fatihah

1. Cico Harahap


Siapa sangka, pelakon berbadan sasa yang juga anak kepada primadona Uji Rashid ini ditimpa penyakit misteri sejak sekian lama. Malah sehingga hari ini Cico Harahap atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin memerlukan perhatian dan bimbingan sepenuhnya.

Jika dahulu, Cico mengalami kesukaran untuk bercakap, kini pelakon ini menunjukkan reaksi yang positif berbanding keadaannya terdahulu.

“Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif” – Uji Rashid

2. Fendy Bakry

Namanya baru sahaja melonjak naik namun Fendy Bakry yang mula dikenali menerusi drama Mr Grey dilaporkan ditimpa penyakit misteri pada awal bulan lalu. Malah pelakon yang berasal daripada Perlis ini telah pulang ke kampung dan menjalani rawatan secara perubatan islam setelah dilaporkan keadaannya yang merosot dan tidak mampu bergerak.

Namun begitu beberapa hari yang lalu, pihak keluarganya memaklumkan bahawa Fendy beransur pulih dan dia turut memuat naik di Instagram ucapan terima kasih buat mereka yang mendoakan kesihatannya.

3. Aiman Tino

Umurnya baru setahun jagung namun Aiman Tino sudah ada yang membencinya. Tidak pasti dengan apakah yang terjadi padanya, namun penyanyi yang mencatat rekod sebagai tontonan muzik video paling tinggi di YouTube ini mengadu mengalami kesukaran untuk bernyanyi.

Bukan itu sahaja, suaranya juga sering kali dikatakan hilang setiap kali mahu membuat persembahan.

4. Rafly Rahamat

Bekas penyampai radio, Rafly Rahamat, 32, menghembuskan nafasnya yang terakhir di kampung halamannya, di Kuantan, Pahang.

Rafly yang pernah bertugas di radio Hot FM Terengganu dan Manis FM itu difahamkan meninggal dunia di sisi ahli keluarga terdekatnya setelah terlantar sakit selama beberapa bulan.

Sebelum ini, Rafly dimasukkan ke Hospital Ampuan Afzan, Kuantan sejak April lalu disebabkan hilang selera makan hingga menjadikan tubuhnya susut mendadak.

Menurut kenalan terdekat, Rafly difahamkan menderita penyakit misteri.

Kredit : maskulin.com.my