“Merepek je..bnyk lg couple best2 xmasok..” Ini JAWAPANNYA Isu Couple Meletop

Anugerah berprestij pilihan penonton, ‘Anugerah MeleTOP Era’ atau ‘AME’ kembali semula dengan edisi yang ke-enam untuk mengiktiraf para penggiat seni tanah air merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, dan digital sepanjang tahun 2018.

Bertemakan tagline ‘Yang Legit, Yang Legend’, penganjuran AME kali ini bakal menjanjikan persembahan lebih mantap. Khabarnya, seperti tahun sudah, akan ada penyanyi dari luar negara akan diterbangkan untuk buat persembahan. Tapi dari negara mana Budiey tak pasti lagi.

Haaa, pasti korang tak sabar untuk menonton AME 2019 kan? Apa-apa pun anugerah tak guna gak kalu korang tak mengundi. So, bersiap sedialah untuk memangkah artis pujaan korang tu.

Untuk penganjuran tahun ke-6, AME 2019 masih mengekalkan format asal dengan memberi kuasa memilih sepenuhnya kepada para peminat untuk mengundi sendiri calon-calon kegemaran mereka untuk kesemua kategori yang dipertandingkan.

AME 2019 bakal dilangsungkan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 21 April 2019, jam 9 malam dan ditayangkan secara eksklusif di empat saluran utama Astro iaitu Ria (Astro 104), Prima (Astro 105), Ria HD (Astro 123) dan Maya HD (Astro 134).

Semalam di rancangan MeleTop, pengenalan pencalonan selebriti yang tercalon dalam AME telah diperkenalkan. Antara kategori yang dipertandingkan adalah, Couple MeleTop, Artis Lawak MeleTop dan sebagainya.

Lagu Meletop

Couple Meletop

Fuhhh rata-rata komen ada yang kecewa couple artis kesayangan mereka tidak tercalon..

Rata-rata ramai vote Fazura & Fattah…

Nape tk buh ude dgn izreen lagi meletopp

Jep & Sariyanti mana?

Mana @acheykintangkintung dengan @anne_achey? Sweet doh diorang

Merepek je..bnyk lg couple best2 xmasok

Mana #elfiraloy😏

Apapun keputusan telah diumumkan.. tahniah kepada yang tercalon..

Ini Jawapannya yang boleh meredakan..Mengikut sumber Metro.com sama macam tahun lalu KETIADAAN pasangan Fattah Amin dan Fazura bagi kategori Couple MeleTop Top 20 pada Anugerah MeleTop ERA 2018 (AME 2018), menimbulkan rasa tidak puas hati ramai peminat mereka.

Mereka mempersoalkan mengapa pasangan popular itu tidak dicalonkan bersama pasangan lain seperti Stacy-Akim, Alif Satar-Shahida, Nora Danish-Nedim, Lisa Surihani-Yusry Abdul Halim dan Aliff Aziz-Bella Astillah.

“Untuk pengetahuan, senarai pencalonan dibuka bermula 15 November 2016 sehingga 14 November tahun lalu dan terbuka kepada pasangan popular yang berkahwin sebelum tarikh akhir pencalonan.

“Dalam isu pasangan ini, mereka bernikah 27 November lalu dan secara automatik tidak layak dicalonkan. Memang pada awalnya, barisan panel terbabit cuba untuk menyenaraikan nama mereka tetapi kami perlu

bersikap telus dan adil.

“Kami sudah menjangkakan kekecohan akan berlaku tetapi perlu diingat AME bukan acara anugerah sebarang yang diwujudkan sekadar suka-suka. Kami ada penilaian dan peraturan tersendiri serta tidak boleh melanggar syarat sedia ada,” katanya kepada Harian Metro.

Jadi mungkin kita rasa couple meletop tapi mungkin tidak memenuhi syarat2 tersedia.. Wallahualam..

sumber : budiey.com