10 Selebriti Kesayangan Yang Bertarung Dengan Penyakit Kronik,Ada Yang Tak Pernah Tahu

Ramai menganggap dengan status sebagai selebriti, mereka ini merupakan golongan yang kebal dan tidak menjalani kehidupan biasa seperti kita yang marhaen ini. Mereka juga manusia yang tidak dapat melarikan diri daripada musibah kehidupan. Lebih-lebih lagi tentang kesihatan mereka.

Tanpa mengira populariti, selebriti-selebriti ini juga cenderung untuk menghidap penyakit dan kadangkala penyakit itu melarat sebagai penyakit kronik atau penyakit yang jarang diketahui.

Seperti waktu Angelina Jolie mengumumkan yang dia sedang bertarung dengan kanser payudara dan Selena Gomez menjalani pembedahan buah pinggang untuk mengelakkan penyakitnya daripada melarat.

Ini barisan selebriti Hollywood dan Tempatan  yang kelihatan sihat namun disebalik senyuman mereka itu, satu penderitaan yang kita hanya boleh bayangkan mereka perlu lalui saban hari.

1.Kim Kardashian

Bintang realiti dan personaliti TV popular Kim Kardashian mula membincangkan dia menghidap psoriasis dalam satu episod Keeping Up With The Kardashian pada tahun 2011. Psoriasis merupakan satu penyakit kulit yang mempercepatkan tempoh hidup sel kulit menyebabkan mereka berkumpul dan membentuk tompok merah kasar yang sangat gatal dan menyakitkan. Penyakit ini juga merupakan satu penyakit yang datang dan pergi.

“Kadangkala saya merasakan ia sebagai kecelaan yang besar bagi saya dan semua orang mengetahuinya, jadi kenapa saya perlu sorok? … Setiap orang yang menghidap psoriasis mempunyai simptom yang berbeza; kadangkala ruam akan merasa gatal, kadangkala juga mereka berkeping. Saya punya pula datang dan pergi atas sebab-sebab berbeza. Saya sentiasa mengharapkan boleh disembuh namun pada masa yang sama saya menerima ia sebagai sebahagian daripada diri saya.”

2.Lady Gaga

LOS ANGELES, CA – SEPTEMBER 20: Lady Gaga arrives for the 67th Primetime Emmy Awards Fox After Party on September 20, 2015 in Los Angeles, California. (Photo by Gabriel Olsen/FilmMagic)

Penyanyi yang terkenal dengan stail eksentrik Lady Gaga dilaporkan menghidap penyakit kronik fibromyalgia. Satu gangguan autoimun yang menyebabkan kesakitan muskuloskeletal dan kepenatan yang diiringi oleh isu tidur, memori, dan anginnya. Fibromyalgia juga dikatakan memberi kesan kepada cara otak pesakit memproses kesakitan dan menyebabkan rasa sakit itu digandakan.

Penyakit ini juga menyebabkan Lady Gaga terpaksa membatalkan konsertnya baru-baru ini.

“Saya menggunakan perkata ‘menderita’ bukan untuk meraih belas kasihan, ataupun perhatian, dan merasa sangat kecewa melihat individu atas talian mengatakan saya sangat dramatik, membuat cerita, atau bermain mangsa untuk tidak meneruskan konsert jelajah saya. Jika anda mengenali saya, anda akan tahu ini adalah perkara benar. Saya seorang yang teguh. Saya menggunakan perkatan menderita bukan hanya kerana trauma dan sakit kronik telah mengubah hidup saya, tetapi kerana ia menghalang saya daripada menjalani kehidupan normal. Ia juga menghalang saya daripada melakukan satu perkara yang paling saya suka: membuat persembahan untuk peminat-peminat saya.”

3.Miley Cyrus

Pada tahun 2009 dunia dikejutkan dengan kondisi yang dihidapi oleh Miley Cyrus: tachycardia. Satu kondisi di mana jantungnya berdegup lebih laju daripada individu biasa.

“Jenis tachycardia yang saya ada tidak merbahaya. Ia tidak akan mencederakan saya, cuma ia agak mengganggu. Tidak pernah pun sewaktu saya berada di atas pentas di mana sya tidak memikirkan tentang jantung saya.”

4.Selena Gomez

Recording artist Selena Gomez arrives at the 2016 American Music Awards in Los Angeles, California, U.S., November 20, 2016. REUTERS/Danny Moloshok – RTSSJS6

Berita penyanyi dan pelakon Selena Gomez dilaporkan menghidap lupus mula tersebar pada tahun 2013 dan telah disahkan oleh keluarga Selena pada tahun berikutnya. Lupus juga merupakan satu penyakit autoimun yang menyebabkan tubuh badan pesakit menyerang tisu dan organ mereka sendiri. Lupus juga sering memberi kesan kepada sendi, kulit, buah pinggang, sel darah, otak, jantung, dan paru-paru.

September tahun ini juga Selena berkongsikan kepada peminat-peminatnya yang dia sudah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang akibat lupus. Tiada sebarang penyembuh buat lupus setakat ini hanya rawatan dan ubat.

“Saya sangat peka yang peminat-peminat saya mula menyedari saya tidak menonjolkan diri sangat sepanjang musim panas ini dan mempersoalkan kenapa saya tidak mempromosikan lagu baru saya yang saya sangat banggakan. Saya mendapat khabar bahawa saya perlu menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang akibat penyakit lupus saya dan saya perlu memulihkan diri saya selepas itu. Saya sangat memerlukan waktu rehat ini untuk kesihatan saya.”

5.Nazim Othman

Pada tahun 2015, Nazim Othman menghidapi penyakit di bahagian otak selepas beliau memuat naik foto imbasan magnetik (MRI) di akaun Instagram miliknya. Ada yang mengatakan beliau menghidapi kanser otak dan sebagainya.

Pembedahan yang telah dilakukan ke atas Nazim mempunyai beberapa risiko besar, antaranya beliau boleh kehilangan deria rasa, kerana ia melibatkan bahagian otak yang agak sulit. Ketumbuhan pada otaknya terletak di antara bahagian mata kanan dan di atas hidung kanannya.

Kini Nazim dapat menjalani kehidupan seperti biasa namun dia bertambah kuat, dan jadikan kesakitan yang lepas lebih dekat dengan pencipta.

6.Shah Iskandar

Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz pernah mengalami penyusutan drastik berat badannya disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru yang dialaminya. Lantaran dari sakit itu, dia diarahkan untuk dikuarantin selama tujuh hari.

Kini Shah Iskandar bertambah sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa. Malah dia mula aktif dalam bidang lakonan dalam drama bersiri Dendam Aurora bersama pelakon hebat seperti Nabila Huda, Ungku Ismail dan Anzalna Nasir.

7.Ifa Raziah

Penyanyi dangdut ini juga turut mengalami saat-saat sukar di serang penyakit. Ifa Raziah tidak menyangka sakit perut yang dialaminya pada awal rupa-rupanya menghidap empat penyakit bahagian dalaman selepas menjalani pemeriksaan hospital.

Ifa mengalami masalah bengkak hati, hiatus hernia di bahagian usus besar, refluks asid dan ketumbuhan fibroid dalam rahim sebesar tiga sentimeter. Ifa menjalani pembedahan selama tujuh jam dan kini dia semakin pulih serta semakin aktif dalam dunia hiburan.

8.Amin Hayat

Jejaka berpesonaliti menarik kelahiran Johor Bahru, Amin Hayat pernah melalui saat getir berdepan masalah keguguran rambut yang kronik atau dikenali sebagai alopesia. Amin mengejutkan penonton berita di saluran TV9 selepas tampil dengan imej tanpa rambut atau botak ketika bersiaran. Alopesia menyebabkan keguguran rambut di bahagian belakang kepala secara bertompok-tompok dan dia memutuskan membotakkan kepala supaya kelihatan kemas.

Oleh kerana fesyen dan imej seseorang pembaca berita tidak boleh keterlaluan, Amin melalui saat-saat hampir berputus-asa untuk meneruskan kerjayanya. Ternyata keputusannya membotakkan kepala mendapat inspirasi dari kisah mendiang Julia Perez atau Jupe yang meninggal dunia kerana kanser.

Amin menjadikan Jupe sebagai idola pembakar semangatnya di mana ketika itu dia sedih kerana kondisi yang agak serius. Masih tidak berputus asa meneruskan rawatan masalah berkenaan, Amin turut terpanggil menyuntik kesedaran kepada orang ramai tentang alopesia. Menerusi Intagram akaun miliknya (Amin tv9) bakal membicarakan pengalaman dan rawatan penyakit ini melalui satu program tidak lama lagi.

9.Erneelya Elyana Emrizal

Penyanyi Elyana mengakui menghidap penyakit kanser tahap 4. Kenyataan tersebut dilafazkan Elyana sewaktu membuat ucapan penyingkirannya dalam program Gegar Vaganza 4 (GV4) malam tadi.

Malah Elyana turut memberi nasihat kepada pesakit kanser lain agar terus kuat menempuh ujian yang sedang mereka lalui.

Bertahan selama lima minggu di program berkenaan, Elyana menyampaikan lagu Sepi , dendangan asal penyanyi Yuni Shara.

Persembahannya mendapat markah paling rendah daripada juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk M. Nasir selaku juri jemputan.

Barisan peserta yang masih meneruskan perjuangan untuk minggu seterusnya ialah Aishah, Liza Hanim, Hazami, Tia Jinbara, Firman, Aqasha, Elyana, Syura dan Lan Solo.

GV4 yang disiarkan secara langsung oleh Astro Ria Gegar Vaganza 4 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

10.Puteri Balqis

Pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis mengesahkan bahawa dirinya menghidap kanser hati pada peringkat awal.

Menurut Balqis atau lebih selesa dipanggil Aqish berkata, keadaan kesihatan semakin pulih selepas menerima rawatan sejak akhir-akhir ini.

“Alhamdulillah, kesihatan saya semakin pulih selepas menerima rawatan di hospital dan klinik.

“Saya sebenarnya mengalami masalah di hati dan sekarang ia masih di peringkat awal.

“Pada awalnya saya kerap demam dan muntah darah teruk sehingga mommy mengambil keputusan untuk membawa saya pergi ke klinik.

“Setelah melakukan sinar-X, baru tahu yang saya mempunyai masalah pada hati kerana apabila bernafas saya akan berasa sakit,” katanya kepada Gempak.

Sebelum ini, sekeping gambar yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram milik Balqis bersama fightcancer mengejutkan ramai pihak.

Menerusi laporan sebuah portal online, Norashikin telah mengesahkan anaknya menghidap kanser.

sumber : glam.my , hangat.com dan gempak.com