Fuhh! Hanya Amalkan Diet Telur Rebus Boleh Turun 18 Kg Dalam Masa 3 Bulan, Jika Ikut Aturannya

Seronok melihat perkongsian Datin Emy Mellisa Mohd Kasim di Instagram berkenaan diet telur rebus yang diamalkan. Bagi memudahkan para pengikutnya, Datin Emy Melissa meletakkan #eggdietemymellisabdk sebagai rujukan. Diet jenis ini sememangnya menjadi trend masakini untuk memiliki berat ideal. Ternyata, Datin Emy Melissa berjaya mencapai berat idealnya berkat amalan yang konsisten.

“Saya memang jenis yang kurus sejak kanak-kanak sampailah ke zaman kampus. Namun semasa umur 25-26 tahun saya tak sedar berat badan naik mendadak. Lalu saya nekad untuk berhenti kerja dengan niat nak turunkan berat badan dan sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.

Saya google macam-macam jenis diet. Akhirnya saya tertarik dengan diet Atkins lalu mencubanya. Dari berat 75kg, saya berjaya dapatkan berat 57kg. Tapi semasa dalam fasa maintain tu saya tersasar sedikit. Berat saya naik ke 62kg!

 

Lepas berkahwin, saya ada melakukan minor surgery. Disebabkan itu berat saya kembali naik sampai 68kg. Saya cuba untuk diet semula. Saya terbaca kisah viral Amylia AF yang kembali kurus dengan hanya mengamalkan diet telur tanpa ke gim. Saya terus google berkaitan diet telur.

Walaupun saya bukanlah penggemar telur rebus tapi saya nekad juga demi kurus. Telur rebus menjadi signature food saya setiap hari. Saya berjaya mencapai berat ideal semasa zaman sekolah menengah. Dari 68kg saya berjaya mendapat 52kg dalam masa tiga bulan setengah.

Saya idamkan untuk mendapat berat 48-49kg walaupun sebenarnya dengan berat sekarang dah cukup ideal dengan ketinggian saya iaitu 160cm. Empat makanan yang ‘wajib’ ada sepanjang saya amalkan diet telur iaitu telur rebus, epal hijau, kacang kuda dan teh hijau. Bila berlaku penurunan berat yang banyak, saya mula mempelbagaikan makanan sihat lain dalam menu harian.”

PERNAH DIPANDANG SINIS

“Semasa bujang ada yang cakap badan saya macam perempuan yang dah kahwin anak lima. Bentuk badan saya dipertikaikan. Lepas berkahwin pula, ada yang menegur badan saya lebih berisi tak macam sebelum berkahwin.

Sokongan suami membuatkan saya lebih konsisten semasa berdiet. Suami tahu saya tak suka telur rebus tapi setiap pagi suami masakkan telur rebus. Rupanya sangat cantik sehinggakan saya tiba-tiba boleh sukakan telur rebus. Ramai juga followers di Instagram yang turut mencuba cara diet saya. Kebanyakannya mengucapkan terima kasih kepada saya kerana berkongsi tentang diet telur.

Kebanyakan menu sihat yang saya sediakan adalah daripada imaginasi sendiri. Saya tak merujuk mana-mana buku walaupun di rumah ada banyak buku resipi. Kadang-kadang apa yang saya makan di luar, saya akan olah menjadi versi yang lebih sihat. Resipi rakan-rakan di Instagram juga menjadi rujukan saya.

Menu sihat kegemaran saya ialah salad yang ditambah protein. Saya amalkan sayuran hijau dan ulaman untuk awet muda. Saya juga gemar ke gim 4-5 hari dalam seminggu dan meluangkan masa sejam setengah ke dua jam untuk senaman kardio dan strength training.”

NASIHAT BUAT YANG SEDANG BERDIET

“Buat wanita-wanita yang sedang berdiet, untuk kawal nafsu makan anda haruslah bijak membezakan rasa lapar atau nafsu. Kawal stres kerana ia membuatkan kita sentiasa rasa nak makan. Kurangkan minuman manis, gantikan dengan air kosong.

Berhenti membandingkan makanan kita dengan orang lain, tak perlu fikir makanan yang terlalu fancy kerana makanan biasa pun mampu membuatkan kita kurus dan kekal sihat. Paling penting jangan jadikan makanan ringan sebagai stok di rumah sebab potensi untuk ‘termakan’ tu sangat tinggi.”

Datin Emy Melissa berusia 34 tahun dan merupakan suri rumahtangga sepenuh masa. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap dari UTM Skudai.

SALMON MASAK LEMAK CILI PADI VERSI DATIN EMY MELISSA

Bahan-bahan:

Kepingan isi ikan salmon

1 kotak kecil santan

Cili padi (dikisar/ditumbuk kering)

Kunyit (dikisar/ditumbuk kering)

Garam secukup rasa

Asam keping

Sedikit air

Daun selasih

Hirisan daun kunyit

Cara Membuat:

Masukkan santan ke dalam periuk diikuti bahan yang dikisar atau ditumbuk kering. Tambahkan air dan hirisan daun kunyit. Biarkan mendidih seketika, masukkan kepingan isi salmon. Tambahkan garam, asam keping dan daun selasih. Kacau sebentar kemudian angkat.

Diet Telur Rebus Boleh Turun 10 Kg Dalam Masa 2 Minggu, Jika Ikut Aturannya

Ramai tak tahu telur rebus merupakan salah satu diet yang boleh diamalkan jika anda ingin menurunkan berat badan. Malah trend diet telur rebus ini juga makin popular ketika ini.

Jika ikut kaedah yang betul, diet ini boleh membantu menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.

Ya, memang banyak tapi sekali lagi kena tahu cara yang betul.

Menurut pakar diet Jill Corlene telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk sarapan kerana ianya membantu dalam proses penurunan berat badan.

Telur mampu membuat perut kenyang lebih lama kerana ia merupakan sumber protein dan serat yang sihat.

Selain itu diet telur rebus sendiri boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan cepat.

Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan tidak akan meningkat mendadak.

Ini cadangan menu sepanjang tempoh 2 minggu;

Isnin

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)

Tengah hari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal

Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang

Selasa

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)

Tengah hari: sayuran hijau dan salad ayam

Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus

Rabu

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)

Tengah hari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato

Malam: Salad dan ayam panggang

Khamis

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / anggur)

Tengah hari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)

Malam: Salad dan ayam stim

Jumaat

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)

Kredit Foto: Instagram Emy Melissa

Sumber : nona.my dan vanillakismis