“Saya tidak tenang..Setiap kali telefon berbunyi, saya minta suami tengokkan,” – Lana

Sepertimana yang kita ketahui ANAK kedua kepada pelakon Mazlina Hasan Nodin atau Lana, William Daud Mckienzie, dua bulan bakal menjalani pembedahan jantung, Isnin ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana masalah injap (Aortic Stenosis).

Perkongsiaan Lana yang berdepan keadaan di mana anaknya yang berusia dua bulan, Billy menghadapi masalah injap jantung, pantas meraih simpati netizen.

Billy dikesan mengalami masalah injap atau aortic stenosis sejak dilahirkan dua bulan lalu.

Mengikut Harian Metro “SEMALAM sewaktu dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi), dia memberikan maklum balas ketika saya memanggil namanya. Saya lihat air matanya mengalir. Pagi tadi juga doktor maklumkan anak saya memberikan respon,” kata pelakon, Lana Nodin, 40, mengenai keadaan anak keduanya yang berusia dua bulan, William Daud Mckienzie yang kini ditempatkan di ICU, Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, sejak petang semalam.

William dimasukkan ke ICU selepas jantungnya terhenti selama 10 minit sebelum prosedur ‘baloon valvuloplasty’ akibat masalah injap sempit (aortic stenosis) dijalankan.

Lana ketika ditemui Harian Metro di IJN berkata, anaknya kini dalam keadaan stabil.

“Anak stabil, cuma dia masih dalam pemantauan doktor untuk tempoh 24 jam lagi. Doktor maklumkan esok mereka akan berbincang sama ada mahu teruskan pembedahan mengikut prosedur asal atau buat ‘open heart’. Itu pun berisiko. Selepas itu, baru kami buat keputusan mana yang terbaik.

“Buat masa sekarang, saya masih buntu dan sedang berbincang dengan suami. Saya sedih dan tak sanggup melihat keadaan anak. Dari semalam saya tidak tidur lena kerana memikirkan keadaannya,” katanya.

Lana berkata, sebagai ibu dia hanya mahu melihat anaknya sembuh dan membesar seperti kanak-kanak lain.

“Kalau nak doakan, doakan untuk anak saya. Saya berharap sangat dia boleh selamat dan seterusnya sembuh.

“Saya berdoa kepada Allah berilah saya dan suami peluang untuk membesarkannya,” katanya.

Menurut Lana, dia hampir pengsan apabila dimaklumkan suami, jantung anaknya terhenti selama 10 minit semalam.

“Saya terkejut dan menangis. Saya terus bertanya doktor bagaimana ia boleh berlaku. Saya juga tanya apa yang perlu dilakukan selepas ini.

“Ya Allah… Jangan tarik nyawa anakku. Izinkan aku diberi peluang membesar dan mendidiknya sampai nafas terakhir.”

Itu doa dipanjangkan Lana Nodin dalam solat hajat ketika anak keduanya, William Daud Mckienzie atau dipanggil Billy, diletakkan di bawah pengawasan rapi berikutan masalah injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN), di sini.

Dalam linangan air mata, Lana meluahkan:

“Tak dapat saya bayangkan jika nyawanya ditarik… Pasti luluh rasa hati ini.

“Saya harap orang ramai dapat sama-sama mendoakan Billy,” katanya kepada BH Online.

Doa yang tidak pernah putus dimakbulkan apabila Billy yang berdepan detik cemas gara-gara jantungnya terhenti 10 minit ketika bersiap memulakan pembedahan, petang semalam, dilaporkan stabil.

Menceritakan insiden itu, Lana menganggap detik itu sangat magis buat dirinya dan keluarga.

“Sejak semalam saya tidak tenang. Saya juga tidak melihat telefon sebab takut jika ia panggilan dari ICU. Setiap kali telefon berbunyi, saya minta suami tengokkan,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan anak Lana dimasukkan ke IJN sejak kelmarin dan sepatutnya menjalani pembedahan petang semalam.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, 39, mendirikan rumah tangga dengan David atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckienzie pada 15 Mei 2015.

Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Gia Quinn McKienzie yang berusia dua tahun.

Sama-sama kita titipkan doa buat anak Lana, Billy semoga dipermudahkan semua urusan.

sumber : harianmetro