Selepas aktres cantik Uqasha Senrose, Emma Maembong kini giliran Mafarikha Tanggal Tudung

Selepas Uqasha Senrose, Sarah Ali, Diana Johor dan Nina Iskandar, Emma Maembong kini Mafarikha pula menanggalkan tudungnya!

Di sebalik kekecohan Emma Maembong dengan isu kontroversi baru-baru ini, netizen mula beralih kepada seorang lagi penyanyi yang agak tenggelam namanya dalam radar seni hiburan iaitu Mafarikha Akhir, yang kini dilihat sudah membuka tudung.

Mafarikha atau Mafa, 27, sebelum ini pernah bergelar naib juara program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa, tampil mengejutkan ramai pihak apabila berkongsi foto-fotonya yang tidak lagi berhijab.
Lebih membuatkan peminat tertanya-tanya apabila Mafa mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di beberapa keping foto yang dimuat naik dalam keadaan dirinya tidak berhijab.
“Tidak mengapa jika saya bukan lagi perempuan kegemaran kamu. Sekalipun jika pernah, terima kasih dan jika masih, terima kasih juga. Cinta dan kasih sayang tak boleh dipaksa,” tulisnya menerusi salah satu kapsyen dalam laman Instagram miliknya.
Mafa yang mula berhijab pada awal 2015 kemudian meneruskan karier nyanyiannya dengan beberapa buah single namun gagal menempa nama dalam industri muzik tempatan.
Sehinggalah penyertaan dalam Asia’s Got Talent musim kedua (AGT2) pada 2017, berjaya mengembalikan semula ingatan peminat terhadap bakat dan namanya.

Persembahan Mafa sewaktu mendendangkan lagu Hero nyanyian asal Mariah Carey, berjaya mendapat standing ovation daripada penonton dan tiga juri tetap iaitu David Foster, Anggun dan Jay Park.
Walau bagaimanapun, hanya Mafa sahaja yang tahu mengapa dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab. Bagi pihak luar, doakan sahaja yang baik-baik.

Sumber : MHE TV