“11 tahun lepas sy niaga pasar dia dtg teman setiap minggu…” Datuk Aliff Syukri Kongsi Luahan Buat Ramai Sebak

Selepas berita pemergian ayah Datuk Aliff Syukri sebentar tadi, kini Datuk Aliff berkongsi luahan perasaanya menerusi laman Instagramnya buat ramai sebak..

 

Allahu.. Salam Takziah untuk Datuk dan keluarga

Rata-rata netizen mengucapkan takziah atas pemergian Ayah Datuk Aliff Syukri

berita berkaitan…

BAPA kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Kamarzaman meninggal dunia sebentar tadi.

Berita sedih itu disampaikan sendiri setiausaha Aliff Syukri menerusi Instagram pengasas D’ Herbs itu.

“Assalammualaikum. Saya selaku setiusaha kepada Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dengan ini ingin menyampaikan khabar sedih bahawa bapa kepada Datuk Seri telah pun kembali kepada rahmatullah sebentar tadi.
“Marilah kita mendoakan arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman… ” tulisnya.

 

 

Petang tadi, Aliff Syukri sendiri telah menyampaikan khabar duka mengenai ayahnya yang mengalami serangan jantung tahap tiga dan paru-paru berair.

Menurutnya, ayahnya mengalami sakit dada di kampung selama dua minggu dan tiba-tiba muncul di rumahnya kelmarin serta mengadu sakit dada, kemudian beliau telah menghantar ayahnya ke hospital.

Takziah buat Aliff Syukri  dan keluarga

 

sumber : sinarharian.com.my