(Video) Kisah Adik Beradik Ini Meruntun Jiwa Sesiapa Yang Melihatnya

 

Hubungan kekeluargaan adalah sebuah hubungan yang tidak boleh diputuskan, memutuskan tali persaudaraan bukan seperti meninggalkan kekasih atau teman rapat. Keluarga adalah orang-orang yang saling melengkapi satu sama lain dan ia merupakan harta paling berharga di dunia.

Iklan komersial Thailand ini mengisahkan tentang hubungan adik – beradik yang sering bergaduh dan benci antara satu sama lain. Tonton video di bawah dan pasti ianya membawa seribu pengajaran kerana nilai kekeluargaan itu sentiasa kuat walaupun sentiasa ada konflik dan pergaduhan yang berlaku.

Air di cincang tidak akan putus, itu lah perumpamaan yang paling sesuai untuk melambangkan ikatan kekeluargaan.

Ps : Jangan lupa stanby tisu sebelum menonton !

 

Sumber : you tube & syok.my