“Jodoh di tangan tuhan dan mungkin solat istikharah Awi pada saat-saat akhir telah..” Awi

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja penyanyi Awi Rafael umum membatalkan pernikahannya dengan pelakon Atikah Suhaime di laman Instagram peribadinya pada pagi Khamis.

Berdasarkan rancangan, pasangan itu akan melangsungkan akad nikah pada Ahad ini di Singapura.

Namun, Awi membuat keputusan yang mengejutkan peminat-peminat mereka dengan memberi alasan, dia harus memelihara maruah keluarganya.

Menurut Awi, dia sudah cuba melakukan yang terbaik buat bekas tunangnya itu.

Begitu juga dengan ahli keluarganya juga sudah bersiap sedia untuk menjayakan majlis pernikahan mereka.

“Awi juga mempunyai ibu dan maruah keluarga, Terlalu berat dugaan kali ini. Awi harap kawan-kawan semua akan faham.

“Jodoh di tangan tuhan dan mungkin solat istikharah Awi pada saat-saat akhir telah terjawab,” katanya dalam catatan itu.

Awi juga menyatakan niatnya untuk membina masjid bagi menutup aib dan membawa bekas tunangnya itu ke arah hidup yang baharu.

Oleh sebab itu, dia terus tawakal dan meneruskan pertunangan sejak tahun lalu.

Tambahnya,dugaan ini terlalu berat buat dirinya dan juga keluarga.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafel dan Atikah telah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura

 

sumber :

sumber astroawani