Wow! 10 senarai keluarga selebriti yang turut genggam ijazah di pentas Konvokesyen!

 

Musim Hari Konvokesyen. Sana-sini kelihatan ramai graduan dan ahli keluarga yang meraikan hari kejayaan mereka. Tidak ketinggalan, 10 individu yang terdiri daripada selebriti, personaliti dan ahli keluarga mereka turut berkongsi kegembiraan dan kejayaan menerusi akan Instagram mereka. Ada yang meraih Ijazah Sarja Muda sehinggalah PhD. Tahniah diucapkan! Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada yang lain.

1) SUFIAN SUHAIMI

Penyanyi Sufian Suhaimi menerima Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi Massa pada Majlis Istiadat Konvokesyen ke-89 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) semalam.

Sufian yang popular dengan lagu Di Matamu itu meluahkan rasa syukur menerima penghormatan terbabit walau dihimpit pelbagai drama dalam kerjaya dan peribadi.

“Bertahun aku mengimbangi soal kerjaya, peribadi, dan pelajaran.

“Penuh drama, yang tahu tu tahulah. It always seems impossible.

“But I get things done, dengan bantuan manusia dan Allah. Ijazah Sarjana ini hadiah Ean untuk ibu dan ayah. Terima kasih, semuanya,” tulisnya di Instagram di samping berkongsi gambar sekitar majlis graduasinya.

Perkongsian itu mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya selain beberapa rakan selebriti termasuk Aiman Tino dan model muzik video Di Matamu, Ayra Messi.

2) NAIM DANIEL

Naim Daniel yang melanjutkan pelajaran di Fakulti Muzik turut menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-89.

3) DIA FADILLA

Dia Fadilla atau nama sebenarnya Nur Fardilla Nadia Abu Bakar, 34 tahun berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Seni Persembahan Muzik (Pusat Kebudayaan) sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-58 di Dewan Tunku Canselor, DTC.

4) USTAZAH NORHAFIZAH MUSA

Ustazah Norhafizah Musa, pendakwah dan panel program radio dan tv telah berjaya memperoleh PhD dalam bidang Psikoterapi Islam pada majlis Konvokesyen Universiti Malaya (UM). Wow!

 

5) NIYA (anak gadis Didie Alias)

Nur Dhaniyah Mohd Ridzun, 25, atau lebih mesra disapa Niya, baru saja menerima ijazah Bachelor of Multimedia Technology (Hons) in Interactive Multimedia Design (2014-2017) pada Majlis Konvokesyen UniKL 2018.

 

6) HANNA FARESHA (anak gadis Fauzi Nawawi dan Lisdawati)

“No man is an island. Thank you everyone,” kata Hanna Faresha, anak gadis kepada pasangan selebriti Fauzi Nawawi dan Lisdawati menerusi akaun Instagramnya.

7) Ibu PU RAHMAT

“Tahniah mama Konvo Peringkat Master Lepas ni master pulakk hahaha” Itu ucapan PU Rahmat pada ibunya yang dimuatnaik menerusi akaun instagramnya.

8) PANDELELA RINONG

Atlet terjun negara, Pandelela Rinong Anak Pamg, 25, menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan sempena majlis Konvokesyen Universiti Malaya (UM).

9) FITRI SAARI

Atlet hoki negara, Mohammad Fitri Saari, 25, turut menerima menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan sempena majlis Konvokesyen Universiti Malaya (UM).

10) Sissy Iman

Sissy Iman, 22, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kelas Pertama pada majlis konvokesyen Ogos lalu. Dia mencatat keputusan cemerlang dalam bidang Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dengan himpunan purata nilai gred (CGPA) 3.85.

Sumber : kampusuols.com