11 Dekorasi Pernikahan Artis Terbaik Sepanjang 2018, No.1 Tema Paling Sukar Dilakukan

Jodoh pertemuan selebriti Malaysia yang mendirikan rumah tangga sepanjang tahun 2018. Saban tahun, bukan kita-kita ini saja yang berlumba-lumba mahu membina masjid, para selebriti pun tak mahu kalah tau! Seperti biasa, jika darah anak seni mengalir dalam badan, sudah tentulah mereka ini akan dipandang tinggi jadi seboleh-bolehnya majlis atau resepsi perkahwinan itu akan diadakan secara meriah sekaligus menjadi tumpuan netizen.

Jadi jom kita selongkar perkahwinan artis sepanjang tahun 2018 serta dekorasi majlis mereka

1. Yuna & Adam Sinclair


Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna, selamat bergelar isteri kepada pengarah video, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33, dengan sekali lafaz pada jam 7 malam.

Pengurusan Yuna menerusi kenyataan media memaklumkan, pasangan itu dinikahkan Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang berwalikan ayahnya, Datuk Mat Zara’ai Alias, pada majlis yang berlangsung di Puncak Rimba, Bentong. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Crush itu berkenalan dengan suaminya yang juga adik pelakon, Ashraf Sinclair, ketika menjayakan sebuah iklan pada awal 2013. Hubungan mereka mulai rapat pada 2015.

“Sudah lama impikan majlis pernikahan yang bertemakan ‘garden wedding’ dan semalam impian saya menjadi kenyaatan!” ini yang diluahkan oleh pengantin baru, Yuna.

Yuna dalam satu sidang media hari ini berkata, beliau gembira dengan dekorasi yang bertemakan taman pada majlis pernikahannya.

Tema taman itu dilihat sebagai satu tema yang sukar untuk dilakukan di negara ini, tetapi kami berani mengambil risiko itu.

“Ramai yang menentang idea tersebut termasuk ahli keluarga saya, tetapi Alhamdulillah, majlis tersebut berjalan lancar,” ujarnya.

2. Shila Amzah & Haris Idraki Elias

Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah selamat diijabkabulkan dengan Haris Idraki Elias berwalikan bapa Shila sendiri, Amir Amzah Salleh.

Akad nikah disaksikan Ustaz Helmi Saadon dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Majlis resepsi Shila dan Haris akan diadakan pada 22 April ini di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya.Terdahulu, Shila dan Haris mengikat tali pertunangan pada 3 November lalu.

Majlis raikan cinta pasangan Shila Azmah dan Haris Idraki berakhir dikemuncaknya. Resepsi pasangan romantis ini telah diadakan dengan gilang-gemilang di hotel JW Marriot, Putrajaya. Memilih busana hitam sebagai tema untuk ‘majlis besar,’ kedua pasangan raja dan ratu sehari berarak ‘megah’ menuju ke pentas singgahsana yang tersergam indah,

Pelamin berkonsepkan Zen ini benar-benar ‘serasi’ dengan busana yang digayakan oleh pasangan mempelai. Sentuhan pelamin Adiputra_decor yang ringkas dan tidak terlalu sarat menjadikan penampilan pengantin cukup menyerlah pada malam yang bersejarah ini.

Shila memecah tradisi dengan mencipta kelainan apabila ‘berani’ mengayakan persalinan rona hitam tidak seperti kelaziman raja sehari yang memilih rona putih. Untuk majlis resepsi, Shila menggayakan dua helai gaun rona hitam yang kedua-duanya direka oleh pereka terkenal, Azura Couture.

3. Nadia Aqilah & Saiful Ridzuan

Siapa sangka dalam diam-diam pelakon, Nadia Aqilah Baijuri selamat bergelar isteri kepada seorang pemuzik, Saiful Ridzuan dengan sekali lafa pada pagi Jumaat 20 April, Majlis penikahan pasangan ini telah berlangsung di kediaman keluarga Nadia di Batu Pahat, Johor. Pelakon yang cukup berbakat ini sememangnya jarang bercerita tentang kisah peribadinya namun dia telah mula berkongsi beberapa gambar sekitar majlis perkahwinannya di Instagramnya untuk tatapan peminat-peminat.

Majlis penikahan pasangan ini telah berlangsung di kediaman keluarga Nadia di Batu Pahat, Johor. Pelakon yang cukup berbakat ini sememangnya jarang bercerita tentang kisah peribadinya namun dia telah mula berkongsi beberapa gambar sekitar majlis perkahwinannya di Instagramnya untuk tatapan peminat-peminat.

 

Tema Klasik & Retro
Pada majlis persandingannya pula, Nadia kelihatan anggun mengenakan kebaya, malah jika dilihat pelakon ini persis Allahyarham Puan Sri Saloma! Bertemakan klasik & retro, turut kelihatan beberapa selebriti yang juga teman rapatnya seperti Nadiya Nisaa, Sherry Al-Hadad, Sharifah Amani dan ramai lagi.

4. Rody Kristal & Nur Izwani Azman

GITARIS kumpulan Kristal iaitu Rody selamat bergelar suami kepada pengaja gol futsal kebangsaan, Nur Izwani Azman dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan pada malam Jumaat.

Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 32, dan Nur Izwani, 31, dinikahkan oleh jurunikah Nazlee Abdul Razak pada majlis yang diadakan di Hotel Kulai, Johor. Pada majlis itu, Rody, menyediakan mas kahwin sebanyak RM111 manakala wang hantaran sebanyak RM11,111.11.

5. Fizi Ali & Shakilla Khoriri

Tahniah kepada penyampai radio Suria FM, Fizi Ali dan pelakon Shakilla Khoriri yang telah sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz pada jam 10.37 pagi. Majlis pernikahan yang diadakan di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall itu menyaksikan pasangan tersebut diijabkalbulkan oleh bapa pengantin perempuan, Khoriri Markon.

Pada majlis itu, Shakilla menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak lelaki, selain menerima mas kahwin sebanyak RM300. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak didedahkan. Fizi yang ditemui berharap semua peminatnya dan Shakilla mendoakan kebahagian dan ikatan perkahwinan mereka kekal hingga jannah.

 

6. Dynas Mokhtar & Syazrik Din

Pelakon Dynas Mokhtar selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syazrik Din dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 35, berlangsung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 10.50 pagi Sabtu.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Dynas iaitu Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamad dengan mas kahwin RM1,001. Pelakon drama Susuk itu menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dengan wang hantaran RM10,000.

7. Datuk A. Aida & Wan Ariff

Akhirnya teka-teki tentang hari bahagia penerbit Datuk A Aida, 48, bersama Wan Ariff, 29, sudah terjawab. Aida bakal menamatkan zaman jandanya pada majlis akad nikah yang dijadualkan akan berlangsung pada hari Sabtu, 21 Julai ini.

 

Majlis akad nikah bagi menyatukan Aida dan Ariff akan diadakan pada pukul 9 malam di kediaman sebelah perempuan yang terletak di Ampang, Selangor.

8. Tasha Manshahar & Fahrur Raqib Abdul Majid

Penyanyi Tasha Manshahar selamat bergelar isteri kepada penyanyi, Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Kajang, di sini pada pukul 9.50 pagi, Sabtu. Tasha atau nama sebenarnya Nadia Natasha Mohd Manshahar, 26, dan pasangannya itu dinikah oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohd Manshahar Abdul Jalil, 59.

Pernikahan pasangan itu disaksikan bapa saudara pengantin perempuan, Mohd Hasnan dan rakan bapanya, Ustaz Mansur Saman. Tasha menerima mas kahwin RM300, sebentuk cincin, seutas gelang dan lima dulang hantaran dan manakala Raqib menerima tujuh dulang hantaran.

9. Kaka Azraff & Adam Azriff


Kaka Azraff telah diijabkabulkan dengan seorang usahawan, Adam Azriff malam tadi pada satu majlis tertutup di kediaman keluarga penyanyi itu di Klang.

 

Pada majlis yang berlangsung sekitar pukul 10 malam 15 Disember, pasangan tersebut dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dan diwalikan oleh bapa saudara Kaka, Nor Izam Aminuddin dengan mas kahwin RM300.

Tahniah diucapkan kepada semua mempelai semoga kekal bahagia dengan mahligai yang dibina.

10. Betty Rahmat & Damis

Betty dan Ardy yang juga ahli perniagaan, telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari tahun lalu selepas empat tahun berkenalan

11. Ben Ali & Nadia Shahab

Pasangan Nadiyah Shahab dan Ben Ali selamat melangsungkan pernikahan di The Ballroom at East Coast, Singapura, 10 Nobember 2018

Majlis dihadiri kira-kira 700 tetamu itu menyaksikan bapa Nadiyah, Syed Fuad Syed Ahmad Shahab menikahkan pasangan sama padan sama cantik ini.

Majlis itu turut dihadiri teman akrab pasangan itu seperti Nelydia Senrose, Raysha Rizrose, Aprena Manrose dan Oktovia Manrose.

Sumber : selongkar10.blogspot.com dan remaja