WOW! SAMA CANTIK SAMA LAWA, KENALI 5 SELEBRITI WANITA MALAYSIA MILIKI SUAMI KACAK

Sudah ramai selebriti wanita Malaysia yang kini bahagia bergelar isteri kepada lelaki pilihan masing-masing. Dan lebih mengagumkan apabila mereka yang sememangnya jelita dan punyai personaliti menarik turut dikurniakan pasangan yang kacak sebagai suami masing-masing. Jadi tidak hairanlah, aksi pasangan ini di media sosial menjadi tumpuan dan disukai peminat yang ingin perkahwinan mereka bertahan selamanya.

 

Ternyata peminat turut gembira dengan kebahagiaan mereka dan kemunculan pasangan sama cantik sama padan ini di media sosial membolehkan netizen berkongsi saat manis pasangan ini. Bila dah berkahwin dengan selebriti tentunya sebagai suami mereka harus lebih bertolak ansur selain memberi sokongan penuh buat isteri yang berada dalam tumpuan lensa. Ini dia barisan suami kacak selebriti artis wanita Malaysia.

 

1.LANA NODIN & DAVID MCKIENZIE

Pengumuman mereka menjadi bualan hangat memandangan Lana sendiri tidak pernah lekang dari kontroversi serta imej seksi yang sering diketengahkannya. Dalam diam Lana menjalin cinta dengan ahli sukan dari Amerika ini dan terus berkahwin pada 25 Mac 2015. David juga telah mengambil nama Mohd Daud dan memeluk Islam atas dasar cinta kepada aktres ini. Kini mereka bahagia bersama keluarganya dan anak perempuan mereka, Gia Quinn Mckienzie.

2.LUFYA OMAR & DR. CHE MUHAMMAD HAFIZ CHE BAHARUM


Pasangan sama cantik sama lawa ini persis patung membuatkan followers Instagram bekas peserta Akedemi Fantasia ini terusan mendapat sambutan hangat dek kerana Lufya turut memuatnaik foto bahagianya bersama suami tercinta dengan caption yang manja. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan berkenalan ketika bertemu di rumah rakan ketika ziarah raya.

3. SYAMIM FARID & TENGKU EZRIQUE EZZUDDEAN

Bagai kisah fairytale, itulah realiti pengacara hlive! Syamim Farid yang bergelar isteri kepada kerabat diraja Selangor pada Mac tahun lalu. Syamim yang juga naib juara pencarian Dewi Remaja juga bijak bergaya dan akaun Instagramnya sarat dengan OOTD yang menarik berlatar lokasi percutian indah pasangan ini bercuti di luar negara.

4. KAVITA SIDHU & ROBERTO GUIATI

Tidak hairanlah pasangan ini menjadi pujaan netizen yang ternanti-nanti foto mereka di lokasi eksotik bercuti atau sedang beriadah bersama atau menghadiri parti eksklusif dalam busana designer masing-masing. Kavita berkahwin dengan ahli geologi yang berasal dari Itali ini pada awal tahun lalu dalam sebuah majlis yang cukup indah.

5. NANA MAHZAN & RAQEEM BRIAN

https://www.instagram.com/nanamahazan/p/BPyu-Pzlevp/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1wd9fjtwtus4z

 

https://www.instagram.com/nanamahazan/p/Bte-jxMBYeH/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1hq04w09qa5k2

 

Walaupun sudah memasuki tahun ketujuh mereka bergelar suami isteri, Nana dan Brian masih seperti pengantin baru dan sangat lovey dovey serta masing-masing kelihatan awet muda. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Althea dan Aaqib. Nana yang dulunya aktif sebagai penyampai radio dan kini sebagai pengacara jatuh hati pada Brian yang berhijrah memeluk Islam sebelum berkahwin dengan peserta Akedemi Fantasia musim pertama ini. Brian juga merupakan orang kuat di salah satu stesen radio Astro.

6. INTAN SARAFINA & ISKANDAR EZZAHUDDIN

View this post on Instagram

Love

A post shared by intansarafina (@intansarafina) on

Nama Intan kembali menjadi sebutan setelah dia muncul dalam pertandingan Gegar Vaganza tahun lalu. Penyanyi yang popular melalui lagu Kembali ini tampak masih anggun seperti dulu walaupun sudah bergelar ibu kepada tiga putera. Suaminya Iskandar Ezzahuddin Dr Ahmad Zulkiflee menyokong penuh Intan kembali bekecimpung dalam bidang seni dan membahagikan masa dengan keluarga dengan baik.

7. IRMA HASMIE & REZA SYAH AZMEER

View this post on Instagram

Assalamuaikum, jangan lupa join Irma kat @shopee_my to enjoy 🏮 Shopee Kongsi Fa Cai 🏮 deals! Anda boleh nikmati 88% Cashback Everyday, 88,888 Mystery Boxes with Free Shipping 🎁 and even Shopee Shake to win RM888,888 💵 Yang paling best anda berpeluang untuk memenangi RM88 Shopee Ang Pao! Cara dia mudah sangat, ikut je steps bawah ni: 1.Like post ni. 2.Follow @Shopee_MY Instagram account. 3.Tag seorang rakan yang you nak KONGSI you punya Shopee Ang Pao & komen sebanyak mana yang you boleh dengan #ShopeeKongsiFaCai dalam komen box bawah ni. 4.Irma akan pilih 2 orang yang bertuah sebagai pemenang. 5.Setiap pemenang akan mendapat DUA Shopee Ang Pao yang bernilai RM88 setiap seorang untuk diKONGSI dengan rakan yang ditag. 6.Contest akan berakhir pada 6 Februari 2019 & pemenang akan diumumkan pada 11 February 2019. Mudah sangat kan 😍 Cepat cepat join and bring your friends untuk KONGSI kegembiraan ni bersama #ShopeeMYCNY #ShopeeKongsiFaCai

A post shared by Irma Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on

Pasangan sepadan ini dijabkabulkan pada tahun 2012 selepas pertemuan di pintu kaabah. Kini melayari kehidupan yang cukup indah bersama, Irma masih aktif dalam tugas pengacaraan di TV Alhijrah serta berlakon jika bersesuaian. Ibu kepada Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie ini turut berkecimpung dalam bidang fesyen muslimah.

Sumber: Glamlelaki.my