“Kenapa Di Makkah, Boleh Jaga Aurat Sebaiknya. Balik Sini Berseluar Jean Dan Bertudung Tak Tutup Sempurna” Perkongsian Mila Jirin

Bagi yang pernah mengerjakan umrah, pasti akan ada kenangan dan pengalaman yang cukup bermakna buat mereka. Masih panas dengan isu istiqamah dan tudung, setiap orang baik selebriti mahupun orang biasa berkongsi pengalaman dan juga pandangan sendiri.

Bagi penyanyi yang lahir dari program realititi tv ini, dia banyak memikirkan tentang istiqamah usai pulang menunaikan umrah pada awal Februari lalu.

Mila, 31 yang juga seorang usahawan dalam satu perkongsian memberitahu, setiap hari dia mempersoalkan dirinya yang boleh menutup aurat dengan sempurna ketika di Makkah dan Madinah namun tidak mampu melakukan perkara yang sama selepas pulang ke Malaysia.

Semenjak balik dari #umrah2019 dengan @bizmillahtravel banyak sangat yang saya fikirkan tentang ‘ISTIQAMAH’… Hati seperti berbicara dengan diri sendiri.

“Kenapa waktu di Makkah dan Madinah, boleh menjaga aurat sebaiknya… Kenapa balik Malaysia masih berseluar jean. Bertudung tetapi masih tak tutup aurat dengan sempurna?

Persoalan ini hari-hari bermain di fikiran dan hati saya… Benar… Malunya pada Allah. Waktu mengerjakan umrah aurat ditutup sebaiknya,” katanya.

Dia merujuk cara berpakaian yang betul menurut kehendak Islam iaitu seharusnya seseorang wanita Islam menutup aurat dengan memakai pakaian longgar.

Mila telah mengambil keputusan untuk bertudung penuh pada hujung bulan Ramadan 2014 dan penghijrahan itu dilakukan sebelum dia mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin ini memberitahu dia menyedari betapa pentingnya untuk menutup aurat dengan sempurna ketika berada di sana namun mula lupa mengenai perkara itu.

Saya secara automatik tahu tentang penting tutup aurat. Tetapi bila pulang ke sini (tanah air), kembali seperti biasa dan mula lupa apa itu aurat.

Allahuakbar! Bimbanglah kami agar istiqamah dan taat kepada mu ya Allah… Sekadar pengkongsian dari hati seorang hamba Allah,” ujarnya.

Mila berkahwin pada 11 November 2015 bersama Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 38. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arif Zikri yang kini berusia dua tahun.

Mila berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram dan rata-rata pengikut mendoakan dia supaya terus istiqamah mengekalkan imej menutup aurat dengan sebaiknya.

linalokman240199 @lyndanaim Kan ramai yg g2.kat blk je Malaysia pakai baju x cukup Kain,seluar kecik Ade yg x pakai tudung .x malu ke Masa umrah leh pulak pakai elok2 😄😄

haziahhaniff1453 Semoga mila sentiasa mnjaga aurat sb aunty suka tgok mila bepakaian menutup aurat tetap cantik

ina.whb Alhamdulillah..istiqomah tu yg penting..Jubah beli kat mane ye? Susah nak dapat size kecik 🥺 @mila_jirin

azziezieroselan @mila_jirinmilaaa…doakan saya juga. senantiasa istiqomah dalam bab bab aurat wanita ni

nutrition.vita Kak milaaa. I adore u. Keep istiqamah. Ramai doakan kakmila.😘

aisyah_lani Mudah-mudahan kita semua berjaya istiqamah.. Amin

Sumber: IG mila_jirin

sumber :  keluarga

3 tahun sepi, Mila Jirin kembali dengan lagu dakwah

Selepas tiga tahun menyepi, juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin kembali dengan single terbaru berunsur Islamik, Adam & Hawa.

Berkongsi lanjut mengenai Adam & Hawa, Mila berkata, untuk kembali dalam industri selepas menempuh alam perkahwinan, dia terlebih dahulu perlu mendapat restu suami, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 39.

Menurutnya, Ahmad Ailis meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju, antaranya dia perlu menyanyikan lagu berunsur dakwah jika ingin meneruskan kariernya sebagai penghibur.

“Suami, pada mulanya tidak mengizinkan saya kembali aktif menyanyi. Dia bimbang jika terbuai hingga mampu menjejaskan perniagaan.

“Saya pula rindu menyanyi selepas lebih tiga tahun tidak masuk studio rakaman. Akhirnya selepas puas memujuk, suami bersetuju dengan syarat saya menyanyi lagu-lagu Islamik dan mempunyai senikata yang baik.

“Selain itu, setiap sen pendapatan yang diperoleh akan disumbangkan kepada Unit Salam, Muslim Volunteer Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Penyanyi yang popular dengan lagu Persis Mutiara dan Aku Lebih Tahu itu berkata, dia memilih untuk bekerjasama dengan komposer dari Jogjakarta, Indonesia, Sigit Baskara bagi merakam lagu itu.

“Saya melihat Sigit memiliki ilmu seni yang halus. Dia mentafsir al-Quran untuk menghasilkan lirik lagu Adam & Hawa.

“Lirik lagu ini diterjemahkan menerusi al-Quran yang menceritakan pertemuan Nabi Adam AS dan isterinya, Hawa selepas 200 tahun terpisah,” katanya yang meminati lagu Fatamorgana ciptaan Sigit, dendangan kumpulan The Q.

Selain Adam & Hawa yang dilancarkan secara rasmi 13 April lalu, dua lagi lagu turut dirakamkan di studio milik pemain gitar Kumpulan Sheila On 7, Eross Candra.

Tiga video muziknya pula dilakukan di sekitar padang pasir di Gumuk Pasir Parangkusumo dan Pantai Parangtritis yang menghadap Lautan Hindi.

Katanya, bekerja dengan Sigit memberi suatu pengalaman berbeza terutama dalam memberikan kebebasan untuknya mewarnai lagu yang dinyanyikan.

“Saya pelik ketika rakaman Sigit duduk jauh dari saya. Di hadapan saya hanya ada jurutera muzik.

“Tertanya-tanya juga kenapa Sigit tidak memberikan saya idea. Dia hanya membetulkan jika ada kekurangan dari segi vokal. Selebihnya, Sigit membiarkan saja.

“Rupa-rupanya dia mahu saya menyanyi dari hati. Saya melihat caranya amat berbeza dengan komposer Indonesia lain yang pernah saya bekerjasama,” katanya yang terbang ke Jogjakarta Mac lalu.

Sumber : malaysiakini

Mula-mula Kerjaya Sebagai PENYANYI Kini MILA JIRIN Sudah Jadi Usahawan Bertaraf JUTAWAN

Mula-mula Kerjaya Sebagai PENYANYI Kini MILA JIRIN Sudah Jadi Usahawan Bertaraf JUTAWAN

Menempa nama sebagai seorang penyanyi terkenal bukan tiket untuk Mila Jirin duduk bergoyang kaki. Sikap yang tidak pernah kenal putus asa dan berani mencuba, sehingga kini berbangga dengan kekukuhan Bizmilla Catering sebuah pakej perkhidmatan lengkap perkahwinan.

“Pada mulanya saya hanya terlibat dalam perniagaan berasaskan makanan sahaja. Pada tahun 2010 saya telah membeli sebuah restoran dekat Tasik Prima Puchong yang dikenali sebagai Restoran Embun Urai. Alhamdulillah sehingga ke hari ini restoran tersebut masih beroperasi dan banyak berjasa kepada kami suami dan isteri.

Sumber : nona