“Alamak nur, bangang tu simpan sikit kat dalam kocek, Seumur hidup aku, tak pernah aku nak marah..” Reaksi Tidak Puas Hati Netizen Dengan Nur Yang Hanya Menampar Ustaz Hamadi Yang Telah….

Berkongsi sedikit sedutan drama Nur 2, Amyra Rosli meluahkan rasa apabila watak yang dipegang terlalu lembut dan melebihkan kawan baik daripada suami sendiri.

“Sakit hati pulak dgn Nur ni.. kenapa nak lebihkan kawan baik dr suami sendiri?”

Dihujani pelbagai reaksi netizen yang turut panas hati apabila watak yang dipegang terlalu ‘bodoh’ sehingga membuatkan penonton tidak senang duduk.

“Alamak nur, bangang tu simpan sikit kat dalam kocek.simpan untuk nur 3.”

Malah, Nur turut dikecam apabila hanya berdiam diri walau mendapat gangguan seksual daripada Hamadi.

“Seumur hidup aku, tak pernah aku nak marah karakter sampai mcm ni.

“Bodoh dan kepercayaan tu melimpah ruah sangat pada suami untuk si aisyah, yg si nur ni pulak bengap tahan je gangguan si hamadi. Aduhai, perempuan jgn bagi diri anda dipijak pelis,” tulis salah seorang netizen.

Aduhai, marah sehingga membawa ke luar. Namun, kepada kaum wanita, bertindaklah menggunakan akal fikiran supaya tidak mudah dipergunakan.

Foto – Instagram Amyra Rosli

Apa Kata Anda

sumber : media hiburan

“Drama Je Pown..,”- Khiriah Minta Penonton Jangan ‘Over’, Taksub Dengan Nur, Hingga Mencarut!

Drama Nur telah memberi impak yang hebat sehingga mencetus fenomena dan terkini, sequealnya juga turut memberi kejayaan sama.

Mana tidaknya, jalan cerita dan karakter yang dimainkan membuatkan penonton berasa ‘geram’ dengan setiap watak yang dilakonkan.

Dalam pada itu, Khiriah yang memegang watak sebagai Aishah, menasihati orang ramai agar tidak terlalu taksub dengan drama tersebut.

“Ok janji sc ni malam ni…korg tgu sc ni kan?sc ni byk bahan nak membawang…

“Cuma apa yang boleh akak katakan pada yg menonton jgnlah terbuai dgn emosi..nak maki nak mcarut carilah bahasa hok molek..malaikat dok mencatat kak piah..

“Drama je pown tp percayalah dlm dunia realiti mmg ada isteri mcm Aisyah…bisu,pendam sampai merana..bawa sampai mati..siankan..rela didera mental & fizikal tp percayalah kesabaran wanita..ada hadnya..Cikgu mana cikgu?

“Akak jd penonton mmg geram dgn Ecah ni..hilang terus taring..langsung tk mcm Ecah dulu..itulah kuasa Cinta & Sayang..btw dok dlm kolam ni bapak sejuk plus dalam..if tak tinjit tenggelam weiiii,” tulisnya.

Lalu,netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap kenyataan Khiriah itu.

Nyata, lakonan dan jalan cerita Nur 2 ini memberi kesan yang mendalam buat penonton baik dari segi emosi dan mental.

Kena g0da ustaz pun masih ‘bebal’, penonton naik angin dgn watak Nur.

Peminat drama tempatan pasti teruja setiap kali menonton drama Nur 2 kerana mempunyai jalan cerita penuh emosi terutama apabila melibatkan watak Nur (Amyra Rosli) dan Ustaz Hamadi (Azhan Rani).

Dek kerana tidak berani bersuara walaupun sering dikacau Ustaz, watak wanita muda itu membuatkan perasaan penonton berasa geram dengan setiap tindakan yang dilakukannya.

Baru-baru ini menerusi sebuah episod, terdapat satu babak dimana Ustaz cuba mengambil kesempatan untuk memeluk Nur di dapur.

Tindakan Nur yang sekadar hanya menampar Ustaz dan meminta tolong suaminya tidak boleh diterima penonton yang menyifatkan wanita itu terlalu naif.

Tau la duta Baskin-Robbins! Tak payah jadi benak

Berlagak ustaz tapi nak memeluk

Rata-rata penonton lain turut meluahkan perasaan sama dimana mereka hilang sabar apabila Nur berhadapan dengan situasi digodai Ustaz kerana masih berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

Hilang sabar tengok Nur ni

Susah sangat ke nak bagitahu?

Penat maki hamun depan TV

Memang bebal pun Nur ni. Bisu ke?

Selain mereka berdua, drama arahan Shahrulezad Mohamed itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azar Azmi dan Raja Atiq

Sumber : Twitter via oh my media

Azhan Rani lantang bersuara

PELAKON Azhan Rani berkata dia menjadi antara pelakon yang membantah penghasilan sekuel Nur yang menjadi fenomena hingga diiktiraf menerusi beberapa anugerah.

Menurut Azhan, 43, wujud keraguan yang tinggi mengenai sambutan penonton terhadap Nur 2 lebih-lebih lagi apabila jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan jauh berbeza berbanding edisi sebelumnya.

“Daripada awal lagi kami (para pelakon) sudah berbincang tentang impak drama ini. Malah saya merupakan antara yang paling lantang menyatakan keraguan apabila wujud perancangan untuk Nur 2.

“Bagi saya tidak perlu ada Nur 2 kerana mahu keistimewaan drama yang sarat dengan mesej ini berkekalan dalam Nur yang pertama. Tetapi apabila memikirkan permintaan tinggi dan penghargaan peminat, maka terhasillah Nur 2.

“Namun saya sangat berharap agar tiada pula Nur 3 selepas ini. Biarlah ia tinggal sebagai kenangan manis yang boleh dikenang sampai bila-bila, izinkan kami keluar daripada ‘kepompong Nur’ ini,” kata Azhan kepada mStar Online.

Azhan Rani bersama pengarah serta penulis skrip Nur 2, shahrulezad mohameddin.Selain itu jelas Azhan, seluruh tenaga produksi drama tersebut turut merasai tekanan jika Nur 2 dibandingkan dengan kehebatan Nur yang sudah terbukti kehebatannya apabila berjaya meraih lebih 11 juta tontonan semasa ditayangkan.

“Drama Nur 2 berjaya dihasilkan apabila pengarahnya iaitu Shahrulezad Mohameddin meyakinkan kami wujudnya alasan yang kukuh untuk meneruskan sekuel iaitu bonding antara kru dan pelakon malah untuk mengubat rasa rindu penonton.

“Sejujurnya ketakutan utama kami ialah jika wujud perbandingan dengan Nur yang pertama. Namun pengarah berjaya menyuntik semangat positif dengan menyatakan Nur 2 dihasilkan bukanlah untuk sebarang perbandingan dan jauh sekali untuk memenangi sebarang anugerah,” katanya.

Selain Azhan Rani, Nur 2 turut dibintangi Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah dan ramai lagi.

Nur 2 sudah mula ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.

Via : mstar

Foto : Instagram Noorkhiriah

Sumber : Media Hiburan

via : media ohsem