Ibu Acap Tampil Meluahkan Sesuatu Tentang Kehilangan Anaknya. Dan Ini Yang Beliau Pinta Rakyat Malaysia Lakukan Malam Ini

 

 

SAYA minta sangat rakyat Malaysia semua sekali, selepas 9 malam ini, tolong sedekah Ayat Kursi untuk Mohammad Ashraf, saya minta sangat, cukuplah itu saja yang saya minta,” kata Siti Maznah Khamis, 58, ibu kepada Mohammad Ashraf Hassan, 29.

Menurut Siti Maznah, dia kini menyerahkan kepada ketentuan Allah untuk mempertemukan anaknya itu selepas semua pihak sudah berusaha dan berhempas pulas dalam usaha mencari Mohammad Ashraf.

“Meredah hutan belukar, menuruni sungai, melalui bukit, gua semua sekali, cukup dah, kita rasa usaha itu sangat-sangat besar untuk mencari anak saya, selebihnya berserah kepada Allah.

Di mana noktahnya itu hanya Allah yang tahu, kita memang tiada daya dan tidak tahu noktahnya di mana, kita akan terus berdoa,” katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin di pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Kampung Pintu Padang di Gopeng, hari ini.

Menurut Siti Maznah, Mohammad Ashraf atau lebih mesra dengan panggilan Acap adalah anak yang baik dan menghormati ibu bapa serta ahli keluarga yang lain.

Katanya, kehilangan anaknya itu adalah ujian serta dugaan kepada keluarganya dan mereka menerima perkara itu dengan hati terbuka.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat yang membantu mencari anak saya, kepada agensi mencari dan menyelamat serta sukarelawan.

“Orang kata mereka adalah pejuang tidak didendang tapi saya akan dendangkan mereka dengan doa,” katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan netizen di laman sosial kononnya Acap didakwa pernah hilang beberapa kali sebelum ini, Siti Maznah berkata, anaknya itu tidak pernah hilang dan sudah mengikuti pelbagai aktiviti lasak termasuk di Lombok, Indonesia.

Sementara itu, bapa tiri Acap, Sukar Rashid, 57, turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam usaha pencarian itu dan jasa mereka tidak mampu dibalas olehnya.

Menurutnya, bagi pihak keluarga, dia turut mengucapkan terima kasih kepada pegawai dan anggota JBPM Perak yang menyediakan tempat tinggal kepada mereka sepanjang usaha pencarian Ashraf.

Video sayu ibu memanggil acap

Acap.. Balik Cap.. Mak Kat Sini ..Sayu dan sedih Suara ibu Acap !!!Kadang2 Naluri ibu itu tepat ..Semoga ibu kuat tabah dan bersabar

Posted by Kami Cinta Malaysia on Monday, 1 April 2019

Setelah Lama Berdiam Diri, Isteri Acap Akhirnya Tampil Meluahkan Sesuatu

“SAYA yakin suami (Mohammad Ashraf Hassan,29) akan balik dan selamat, itulah doa saya tanpa henti, setakat ini masih belum ada apa-apa (perkembangan terkini), doakan suami saya,” kata Hamizah Mohd Ramli, 27.

Hamizah adalah isteri kepada Mohammad Ashraf atau lebih mesra dengan panggilan Acap yang hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung, Gopeng, 23 Mac lalu.

Selepas membisu tanpa sebarang komen atau memberikan kenyataan kepada media sejak hari pertama kehilangan suaminya, akhirnya Hamizah tampil meluahkan isi hatinya kepada NSTP hari ini.

Hamizah berkata, suaminya itu tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik terhadap ahli keluarga sebelum menyertai larian itu kerana bukan pertama kali dia menyertai larian seumpama itu.

“Dia macam biasa sebab ini bukan (acara) pertama kali disertainya, untuk larian ini, baru pertama kali dia sertai,” katanya yang juga bertugas sebagai Juruteknologi Makmal di Hospital Muar, Johor.

Mengenai anaknya Aisyah berusia setahun lebih yang sudah 24 hari tidak menatap wajah bapanya, Hamizah berkata, anaknya itu setiap hari bertanyakan mengenai suaminya yang dipanggil ‘daddy’.

“Dia memang rapat dengan ‘daddy’ dia, setiap hari cari tapi saya tetap positif, saya cakap ‘daddy’ balik malam ini.

“Setiap hari saya cakap macam itu, kata-kata kita pun satu doa” katanya.

Hamizah turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan netizen di laman sosial yang menyebarkan berita kononnya kehilangan Acap berkaitan masalah keluarga antara mereka berdua.

Menurutnya, berita yang disebarkan itu jelas fitn4h malah memaklumkan dia dan suami tiada masalah keluarga.

“Semua yang baik saya anggap doa, yang tak baik saya positif, mungkin itu cara Allah SWT nak tambah pahala suami saya, mungkin mempercepatkan suami saya dijumpai.

“Saya cuba positifkan diri, masa inilah dugaan Allah SWT itu datang dari pelbagai sudut, sentiasa ambil positif, bersangka baik dengan Tuhan,” katanya.

Gopeng, 16 April: Singgah di Pos Kawalan BOMBA di Gopeng untuk memantau perkembangan semasa pencarian Mohamamad Ashraf Bin Hassan. Mendengar taklimat daripada pegawai dan anggota JBPM berkenaan status terkini operasi menyelamat dan mencari.

Turut bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada ibu dan ahli keluarga Ashraf. Semoga beliau akan dijumpai segera. InsyAllah.

video

Posted by Zuraida Kamaruddin on Tuesday, 16 April 2019

Kredit FB Zuraida kamaruddin

Sumber: hmetro

via : menujukebenaran