“2019 Pun Tak Sangka Ada Lagi Perangai Macam Ni” – Baby Shima Buat Laporan Polis

 

Penyanyi Baby Shima mengakui akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang membuat akaun palsu menggunakan gambar dan namanya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Shima menjelaskan dia tidak mempunyai akaun peribadi di Facebook.

 

“Kepada admin akaun, tindakan dan laporan polis akan dibuat.

“Wow! 2019 pun tak sangka ada lagi perangai macam ni. Mohon report dan berhati-hati fake akaun.

“Shima tak mempunyai personal akaun Facebook, hanya mempunyai facebook pages. Harap maklum,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Shima dan berharap agar individu terbabit dapat memadam akaun tersebut.

sumber : gempak

“Meski Saya Sedar, Diri Ini Tidaklah Sehebat Rakan Artis Lain,” – Baby Shima

Peserta Big Stage, Baby Shima tidak menafikan penglibatannya di dalam program hiburan realiti itu sedikit memenatkan kerana pada masa sama, dia turut mempunyai komitmen terhadap sebuah program hiburan lain di Indonesia.

Atas faktor tersebut, penyanyi ini terpaksa ulang-aling dari Malaysia ke Indonesia demi kerjaya sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, situasi tersebut tidak menjadi penghalang buatnya untuk terus bersaing, memberikan yang terbaik menerusi setiap minggu persaingan di dalam pertandingan yang membariskan penyanyi angkatan baru itu.

“Penat itu memanglah. Saya tidak nafikan. Setiap Selasa atau Rabu, saya akan ke Indonesia sebab komitmen program di sana adalah pada Jumaat dan Sabtu. Jadi pagi Ahad itu saya akan pulang ke tanah air seterusnya beri fokus kepada Big Stage pula.

“Pada Ahad, memang saya hanya akan praktis sekali sahaja. Pada fasa sekarang, saya tidak boleh fikirkan soal penat kerana bagi saya, peluang itu ada di depan mata. Jadi untuk apa saya lepaskan?,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada sejauh mana dirinya rasa sukar untuk memberikan fokus kepada dua program hiburan berbeza pada suatu masa, bintang ini memberithu;

“Saban minggu saya memang mahu berikan sehabis baik, meski saya sedar diri ini tidaklah sehebat rakan artis lain,” jelasnya merendah diri.

Menerusi saingan minggu ketujuh Ahad ini, Baby Shima akan berduet dengan Haiza mendendangkan lagu asal nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ku Mahu.

Biodata Penuh Baby Shima, Peserta Big Stage Dan Penyanyi Lagu Roadblock Hatiku

Nama penuh: Nor Ashima Ramli

Nama pentas: Baby Shima

Tarikh lahir: 20 September 1992​

Umur: 26 tahun

Asal: Permas Jaya, Johor Bahru

Label: Nagaswara (Indonesia)​

Pekerjaan: Penyanyi

Media sosial: Twitter @aicobabyshima, Instagram @babyshimaofficial, Facebook Baby Shima, Youtube Baby Shima dan Tik Tok babyshima

Fakta Menarik

1. Aktif menyanyi lagu cover di aplikasi Smule dan laman Youtube. Bagaimanapun mula mendapat perhatian selepas berduet dengan Khai Bahar di Smule di mana lagu Gurauan Berkasih nyanyian mereka telah meraih lebih 20 juta tontonan.

2. Mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dengan pengurusnya sendiri, Mohd Afrendie Affendy (Andy) selepas lima tahun berkenalan.

3. Antara single lagu yang pernah dihasilkannya seperti Tak Sabar, Nombor Dua, Makan Hati, Lelaki Lama, Kangen Rosul, Jaran Ucul, Main Mata, Sirna dan terkini, Roadblock Hatiku (duet bersama Floor 88).

4. Turut menyanyikan lagu tema Mawar Putih Tanda Perpisahan untuk drama dengan judul sama, arahan Bade Hj Azmi, terbitan Datuk Rosyam Nor pada tahun 2013.

5. Pernah membintangi telefilem Ayam Ribut Syawal sebagai watak utama, siaran TV3 pada tahun 2014.

6. Antara pencapaiannya dalam bidang hiburan ialah pernah menjuarai Mangga Star Search 2009, bergelar juara Bintang Idola Berita Harian 2010, juga juara program KPOPNya Raya (Astro Ria), tersenarai dalam pencalonan awal bagi kategori Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2012, Top 24 D’Academy Asia musim ketiga, tercalon dalam kategori Pendatang Baru Dangdut Terpopular Anugerah Dangdut Indonesia 2017 (MNCTV) dan menjadi finalis akhir program realiti Big Stage 2018.

7. Pernah tular kerana dimarahi penyanyi dangdut, Mas Idayu dalam program D’Academy Asia di Jakarta, Indonesia. Sekali lagi Shima menjadi bualan hangat kerana pengsan di konsert minggu kedua Big Stage sejurus selepas membuat persembahan.

 

Foto: Instagram Baby Shima

Sumber : media hiburan