Fuhh Sebiji Sama! 6 Anak Patung Hidup Yang Curi Perhatian Ramai, Cuba Tengok Yang LAST Tu Tak Di Benarkan Keluar Rumah

 

Pelik tapi benar. Dek kerana terlalu obses dengan imej anak patung , mereka sanggup menghabiskan duit berkoyan kayan, masa dan tenaga menjalani pembedahan plastik semata mata ingin kelihatan iras seperti anak patung.

1.Valeria Lukyanova

Wanita berusia 30-an yang berasal dari Russia ini terlalu obses dengan anak patung Barbie sehingga sanggup menghabiskan duit mengubah bentuk muka dan fizikal yang begitu ekstrem untuk kelihatan iras seperti anak patung Barbie. Malah, dia juga tidak pernah mengaku rupa paras yang dimilikinya itu adalah hasil daripada pembedahan plastik.

2.Anastasiya Shpagina

Gadis yang berusia 19 tahun berasal dari Ukrainian ini terkenal menerusi laman media sosial disebabkan penampilannya begitu mirip dengan kartun animasi. Gadis ini terkenal dengan nama Fuckkacumi dan mengamalkan imej solekan yang tebal bagi menampakkan lagi persis kartun animasi.

3.Ken Doll


Nama sebenarnya ialah Justin Jedlica berasal dari America dan dikenali sebagai “ Human Ken Doll “. Lebih sedekad yang lalu, Jedlica mendapat perhatian dari masyarakat melalui lebih kurang 190 prosedur kosmetik. Jedlica menganggap pembedahan kosmetik ini sebagai simbol bagi orang kaya, gaya hidup yang mewah untuk dia cuba contohi. Kini, ken dan suaminya sedang menjayakan bisnes di Chicago.

4.Angelica Kenova

Gadis Russian yang berumur 26 tahun ini cuba untuk menandingi Valeria Lukyanova untuk menyerupai sebijik anak patung Barbie. Valeria juga menghabiskan masa dan duit untuk mendapatkan wajah anak patung yang diingininya.

5.Olga Oleynik

Merupakan kawan baik kepada Valeria Lukyanova. Masing-masing mempunyai keinginan yang tinggi hingga menukar rupa sebenar kepada rupa anak patung.

6. Venus Palermor

Pertukaran imej, solekan serta kanta lekap menampakkan Venus Palermo kelihatan seperti “ Lolita doll”. Seorang gadis yang begitu terpengaruh dengan budaya Jepun sehingga belajar Bahasa Jepun dengan sendiri dan hanya melakukan pembelajaran di rumah sahaja. ibunya tidak benarkan anaknya keluar kerana dia menganggap anaknya begitu ekslusif untuk didedahkan.

 

sumber:

Sinar

Wow! Pemuda Jepun bertukar jadi anak patung hidup ‘orang putih’

KEBANYAKANNYA mengenali model dan selebriti Matt Kuwata sebagai anak lelaki kepada pemain legenda bola keranjang di Jepun, Masumi Kuwata.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pemuda ini meraih banyak perhatian kerana transformasi fizikalnya.

Entah bagaimana, jejaka berusia 24 tahun ini yang dahulunya merupakan remaja Jepun, kini kelihatan seperti anak patung lelaki ‘orang putih’.

Matt menafikan dia menjalani pembedahan plastik.

Penampilan Matt menjadi topik hangat di media sosial Jepun dengan segelintir mereka mengagumi wajah ‘putera asing’ atau ‘karakter anime’.

Malah, tidak terkecuali yang membuat spekulasi mengenai dirinya menjalani pembedahan plastik secara besar-besaran.

Dia tidak lagi kelihatan seperti orang Jepun, sebaliknya wajahnya mirip kepada patung manusia ‘orang putih’.

人間努力したら進化出来るんだぜ?桑田マット君を見てみろよ

彼は有り余る財力と桑田パパの育成により努力して進化したんやぞ(*´-`) pic.twitter.com/sIVyPQnB1E

— ヨンスfrom平成最後のオワコン (@T12435) February 1, 2019

Bagaimanapun, Matt menafikan dakwaan dia melakukan pembedahan plastik, dan menegaskan bahawa transformasi itu adalah hasil kepakarannya dalam kecantikan.

Matt begitu minat dalam rawatan dan produk kecantikan, dan dia sering mempromosikannya di laman sosial Instagram.

Bagaimanapun, ramai masih tidak percaya hanya produk-produk kecantikan yang digunakan untuk menghasilkan wajah baharunya. – odditycentral

Sumber : mstar