“Makin Besar Makin Handsome” – Niena Baharun Kongsi Foto Anak, Netizen Puji Kecomelan Adiel

Macam Anak Mat Saleh Dan Anak Patung Je, Comelnya Anak Niena Baharun

Datin Amaniena binti Kamarul Baharun atau lebih terkenal sebagai Niena Baharun merupakan seorang model dan pelakon di Malaysia. Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz yang disiarkan di TV3. Niena mendirikan rumah tangga pada 1 Februari 2018, sekarang di kurniakan seorang baby boy Adiel mikael yang terlajak comey, puteh gebu. Niena pernah tular dengan watak husna.

Rata rata netizen selalu memuji kecomelan anaknya dan ramai yang berpendapat, anak niena sangat comey dan puteh.
Ada juga netizen menyatakan anak Niena macam kacukan mat salleh.

Pelakon Datin Niena Baharun berkongsi beberapa keping foto dan video wajah terkini anaknya di akaun Instagram (IG) menjadi perhatian netizen.

Menerusi entri di IG, Niena juga turut berkongsi

 

View this post on Instagram

@adielmikael

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on

View this post on Instagram

Cousin’s day out

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on

View this post on Instagram

🌟@adielmikael

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on

Menerusi ruangan komen rata-rata pengikut IG kebanyakannya memuji kecomelan wajah bayi lelaki Niena yang dilahirkan pada 24 Oktober lalu.

Sumber : gempak

dan pnews

sumber foto dan video : ig niena baharun

Artikel berkaitan

Niena Baharun dapat ‘baby boy’

PELAKON Datin Niena Baharun selamat bersalin anak lelaki secara pembedahan seberat 3.03 kilogram, 11 pagi semalam di hospital di ibu negara.

Niena, 25, ketika dihubungi berkata, dia bersalin dua minggu awal daripada tarikh jangkaan doktor iaitu 8 November.

“Sedikit cemas apabila air ketuban pecah awal dan sangat banyak. Ketika dibawa ke hospital bukaan sudah 2 sentimeter, namun disebabkan saya jenis penakut, jadi dari awal lagi memang rancang nak jalani pembedahan.

“Ketika dibawa masuk ke bilik pembedahan, saya sangat gementar. Dalam fikiran, saya hanya mahu anak selamat, proses cepat habis dan segera tengok anak.

“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Saya berasa sangat bersyukur. Lima minit sebelum bayi ditarik keluar, doktor memanggil suami masuk dalam bilik pembedahan untuk tengok sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Disebabkan tidak sabar untuk melihat bayi, Niena yang popular menerusi watak Husna dalam drama Jangan Benci Cintaku minta tidak diberikan bius penuh.

“Ketika proses pembedahan dilakukan, saya separa sedar. Saya memang minta pada doktor. Ini kerana, saya ingin tengok bayi ditarik keluar.

“Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya. Gembira, teruja dan sebak semuanya ada. Semalam satu hari saya baring. Pagi ini baru saya boleh bangun dan bergerak sikit.

“Memandangkan saya menjalani pembedahan, jadi kena banyak rehat. Insya-Allah, saya dijangka keluar dalam tempoh dua hari lagi. Saya juga akan berpantang di Kuala Lumpur dan dibantu ibu mentua dan bidan,” katanya.

Ditanya mengenai nama anak, Niena dan suami belum buat keputusan. Buat sementara waktu, anak sulung pasangan itu dipanggil Baby A.

“Saya dan suami masih berbincang. Belum ada yang ‘final’. Kalau ada nanti, Insya-Allah saya akan kongsikan selepas tujuh hari kelahiran mengikut sunah Nabi,” katanya.

Niena dan suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim berkahwin pada 1 Februari lalu di Kota Bharu, Kelantan.

Sumber : hmetro