[GAMBAR] Terkini Munni Dalam Filem Bajrangi Bhaijaan, Sudah Dewasa Dan Semakin Cantik!

Filem “Bajrangi Bhaijaan” menjadi salah satu filem Bollywood yang paling bersinar pada tahun 2015. Filem garapan sutradara Kabir Khan itu pun berjaya menaikkan nama salah satu aktres cilik. Siapa?

Harshali Malhotra mulai dikenal sejak membintangi filem “Bajrangi Bhaijaan”. Dalam filem yang juga dibintangi oleh Salman Khan dan Kareena Kapoor itu, artis cilik berusia itu memegang watak sebagai Munni.

Ternyata gambar terbaru Harshali terlihat lebih dewasa tak seperti penampilannya dalam filem Bajrangi Bhaijaan. Jom lihat gambar terbaru Harshali yang diambil dari Instagramnya, @harshaalimalhotra_03

 

 

Pelakon cilik, Harshaali Malhotra mula dikenali dalam bidang lakonan apabila terpilih untuk membawa watak seorang kanak-kanak perempuan yang tidak pandai bercakap iaitu Shahida atau Munni di dalam filem Bollywood, Bajrangi Bhaijaan.

Lakonannya yang bersahaja disamping bintang hebat Bollywood Salman Khan dan Kareena Kapoor memberi kesan yang sangat mendalam sehingga mampu membuat penonton berasa sedih dan juga tersenyum.

Harshaali dilahirkan pada 3 Jun 2008 di Mumbai, India dan selain menjadi pelakon, dia juga merupakan model kanak-kanak. Antara drama lakonannya ada Qubool Hai dan Laut Aao Trisha.

Berikut merupakan fakta menarik mengenai si cantik ini:

1.Merupakan seorang yang pintar. 
2.Terpilih antara 5000 peserta ujibakat untuk filem Bajrangi Bhaijaan. 
3.Gemar bermain dengan anak patung.
4.Sangat manja dengan Kareena Kapoor. 
5.Bercita-cita menjadi seorang ‘superstar’.

 

Kini Harshali berusia 10 tahun. Difahamkan saat ini Harshali sedang mendapat pendidikan di Seven Square Academy yang terletak di Mumbai. Salman dikatakan memberi dana pendidikan hingga Rs 1,5 crore untuk seluruh keperluan sekolah Harshali.

Sinopsis BAJRANGI BHAIJAAN

Kisahnya bermula dengan satu keluarga besar di sebuah perkampungan indah di daerah Sultanpur di Pakistan yang sedang menyaksikan satu pertandingan kriket melibatkan pasukan Pakistan. Disebabkan terlalu minat dengan pemain kriket yang bernama Shahid, seorang wanita yang sarat mengandung dalam keluarga itu berazam untuk memberikan nama Shahid kepada anak yang bakal dilahirkannya. Disebabkan anak yang lahir itu perempuan, maka dia diberikan nama Shahida lakonan Harshaali Malhotra. Shahida membesar sebagai anak perempuan yang sangat cantik dan rupawan serta istimewa. Shahida tidak boleh bercakap walau satu perkataan pun. Bapanya mencari rezeki sebagai pengembala kambing. Ada satu adegan yang membuatkan jantung Sk rasa nak tercabut dibuatnya semasa Shahida ni dalam perjalanan hendak pulang ke rumah selepas menemani bapanya mengembala. Dan pada mulanya Sk menyangka Shahida bila dewasanya nanti akan menjadi Kareena Kapoor, rupanya tidak. Haaa.. tu sebab tak baca sinopsis la tu.. hahah.

 

Suatu hari, ketika usianya mencecah 6 tahun, ibu Shahida dicadangkan supaya membawa Shahida ke sebuah kuil di India (Delhi) untuk mengubati penyakitnya (bisu). Walaupun tidak boleh bercakap tetapi Shahida boleh mendengar dan memahami. Bapa Shahida pula merupakan bekas tentera dan tidak boleh memohon visa ke India, bagaimanapun ibunya sanggup untuk pergi demi masa depan Shahida. Setelah mengumpul wang (jual kambing), akhirnya cukuplah duit dan mereka pergi dengan menaiki keretapi dan pergi ke kuil yang dikatakan tu untuk berhajat (apa yang Sk faham tempat itu merupakan tempat ibadah orang Islam) Disebabkan juga hubungan keruh antara India dan Pakistan, maka kawalan kemasukan di pintu sempadan sangatlah ketat. Dalam perjalanan pulang ke Pakistan, keretapi berhenti kerana ada sedikit masalah. Sementara menunggu keadaan pulih, mereka tidur dahulu. Tanpa disedari Shahida terjaga dan telah turun dari keretapi tu (tak logik betul) sebab nak selamatkan seekor anak kambing yang terperangkap di dalam lubang. (nakal tau Shahida ni)

Tak sampai lima minit pun, baru jer selamatkan anak kambing tu, keretapi tu pun jalan dan meninggalkan Shahida. Puaslah Shahida tu kejar sambil melambai-lambai ke arah ibunya yang tidur di tepi tingkap tapi ibunya manalah nak sedar, kan.. huhu. Akhirnya tinggallah Shahida bersendirian di situ dalam kegelapan malam. Ni dah hampir dengan sempadan India – Pakistan.. Kesian betul.
Bila ibu Shahida tersedar, dah pun melepasi sempadan terkejutlah tengok Shahida tak ada, dicarinya gerabak ke gerabak. Dia pun jerit-jerit, semua orang hairan dan ibunya bunyikan loceng. Keretapi tu pun berhenti. Dan ada pegawai berkuda yang tolong carikan Shahida di sebelah sempadan (India) tapi tak jumpa sebab Shahida dah naik ke satu gerabak barang (yang bergerak ke India).. adoiii.. sedihnya. Bila tersedar dan turun dari gerabak tu, Shahida terlihat macam satu kumpulan sedang berpesta atau ada perayaan keagamaan, dia pun ikut. Berdebar sangat masa ni tau. Sedih dalam debar gitu.

Legaaaa sangat tengok Salman Khan dengan harapan dia dapat menyelamatkan Shahida ni, hihi. Siapa lagikan, mestilah hero, betul tak? Salman ni memegang watak sebagai Pawan yang merupakan seorang penganut agama hindu ‘vegetarian’. Masa ni ada ramai sangat orang dan Pawan menari dan menyanyi sehingga Shahida menaruh minat dan kepercayaan kepada Pawan untuk menolongnya.

Masa Pawan tengah berehat di sebuah warung dan sedang minum, Shahida ni tengok jer Pawan. Bila tersedar yang Shahida ni merenungnya, Pawan pun panggil dan mempelawa minumannya. Shahida minum sampai habis. Pawan pun minta makanan dan bagi Shahida makan. Bila menyedari yang Shahida ni bisu dan terpisah dari orang tuanya, Pawan mengambil keputusan untuk menghantarnya ke balai polis dan meninggalkannya di sana. Malangnya ia bukan semudah itu. Kalau hantar jer balai, polis terima dan hantar ke rumah kebajikan, cepatlah cerita habiskan.. apa pulak fungsi hero tu.. hahaha. jadi, polis ni tak mahu terima Shahida. Dia ambil report tapi Pawanlah yang kena menjaga Shahida ni sehingga ibu bapanya ditemui. Pening kepala Pawan, hahaha. Akhirnya, Pawan terpaksa membawa Shahida pulang ke rumah. Sepanjang jalan tu, disebutlah semua daerah-daerah di negara India kepada Shahida untuk mengecam asal usul Shahida, tapi semua dibalas dengan gelengan. Makin pening kepala Pawan.. huhu.

Diam tak diam, mereka pun sampailah ke rumah Pawan yang didiami bersama keluarga bakal mertuanya. Pada mulanya mereka menyangka Shahida adalah dari keturunan Brahmin dan mereka memberikan nama Munni. Munni dilayan dengan baik dalam keluarga bakal mertua Pawan ni sehinggalahhhhh…… terbongkar rahsia yang Shahida merupakan seorang muslim dan warganegara Pakistan.

Bakal bapa mertuanya memaksa Pawan untuk menghantar Shahida pulang ke negaranya dengan apa cara sekalipun termasuklah melalui ejen. Apakah yang akan berlaku? Dapatkah Shahida menemui keluarganya kembali? Aaaa… mestilah dapat, kan. Tapi… bagaimana onak liku yang ditempuhi Pawan dan Shahida, Sk nak anda tonton sendiri filem ini. Memang tak rugi.. cuma rugi airmata dengan tisu jer… hehe

Kredit : hangat via siakap keli