Bukan sebab duit atau cemburu, Saya sudah mempunyai semuanya. Apa yang saya perlukan adalah… – A. Aida

 

KUALA LUMPUR – Menolak dakwaan duit sebagai punca dirinya bercerai buat kali keempat, penerbit Datuk A Aida, 49, menjelaskan sebagai seorang wanita yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan, dia hanya mendambakan cinta dan kasih sayang dalam hubungan termasuk perkahwinannya dengan Ariff Aziz.

“Saya sudah mempunyai semuanya. Apa yang saya perlukan adalah cinta dan kasih sayang.

“Saya tidak kisah soal harta atau kerja apa,” katanya dalam satu sidang akhbar bagi memberitahu tentang perceraian tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Pasangan A.Aida dan Ariff Aziz bercerai pada April lalu selepas berkahwin sekitar sembilan bulan.

Melihat tempoh perkenalan yang singkat juga sebagai sebab dia gagal meneruskan perkahwinan tesebut, A.Aida dalam masa yang sama juga tidak melihat ada peluang kedua untuk dia dan Ariff kembali bersatu

“Saya tidak nafikan berkahwin dalam keadaan yang agak tergesa-gesa jadi tidak sempat untuk mengenali dia.

“Saya bahagia dengan keputusan untuk bercerai ini. Jadi tidak lihat jalan untuk kembali bersama dengannya lagi,” kata produser jutawan ini lagi.

Tidak mampu untuk menahan warganet dari terus mengeluarkan kata-kata hinaan ke atas dirinya melalui kontroversi tersebut, penerbit drama Andainya Takdir ini sentiasa reda dengan jalan hidupnya.

“Saya reda dengan apa yang berlaku seperti yang dikatakan tadi, ajal dan jodoh semuanya di tangan Allah.

“Sama seperti mereka di luar sana siapa yang mahukan perceraian dalam perkahwinan yang dibina.

“Fokus saya selepas ini hanya untuk perniagaan sahaja,” katanya.

A. Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai 2018 di sebuah hotel di Subang Jaya selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan ia perkahwinan keempat bagi produser tersebut

 

Sumber  UTUSAN ONLINE